Terpisah Selama 23 Tahun, Gadis Mohon Bantuan Netizen Untuk Cari Bapanya

SEPANJANG kehidupannya, dia hanya pernah bertemu bapanya tiga kali sahaja.

Begitulah kisahnya mengenai Norshamira Syazwani, 23, seorang anak yang tidak pernah berputus asa menjejaki bapanya.

Dia yang bakal menamatkan zaman bujang pada Januari 2021 mengharapkan agar bapanya, Norazman Abu Yaziz, 51, pulang untuk menjadi wali pada hari bersejarah buat dirinya.

“Mak dan abah dah berpisah pada tahun 1998. Masa tu umur saya setahun. Sepanjang 23 tahun, saya hanya jumpa abah tiga kali.

“Saya jumpa abah dua kali masa sekolah rendah. Masa 2017, saya jumpa dia sekali lagi. Lepas tu saya tak pernah jumpa dah.

“Saya kalau boleh tak nak pakai wali hakim. Nak abah sendiri jadi wali. Selama ni saya dah hidup tanpa dia.

“Kalau boleh saya nak dia ada kali ni. Dia tetap abah saya. Tengok orang lain ada bapa, saya ingat balik jadi sedih,” katanya kepada mStar.

 

 

Menurut pekerja kilang di Kulim, Kedah yang mesra disapa Mira itu, dia bukanlah mencari bapanya hanya kerana memerlukan wali untuk berkahwin.

Malah, dia juga mahu mengenali bapanya dengan lebih rapat, sama seperti rakan-rakan yang lain.

Kata Mira, dia yang buntu mencari bapanya selama ini terpaksa menggunakan kuasa tular di Twitter dan berharap ada mana-mana individu boleh memberi petunjuk buatnya

 

“Saya berterima kasih sangat pada yang membantu. Walaupun mereka tak kenal saya, mereka bagi pelbagai cadangan untuk cari abah.

“Allah je boleh balas jasa mereka. Kalau abah baca berita ni, satu je saya nak tanya. Selama dia pergi, dia tak ingat saya ke?

“Saya je anak perempuan dia. Saya harap abah datang balik. Nak dengar cerita abah sendiri, kenapa tinggalkan kami?” ujarnya sebak.

 

 

Sehingga kini, posting hebahan Mira mengenai pencarian bapanya menerima lebih 4,000 ulang kicau (Retweet).

Dalam posting itu, Mira memuat naik foto 26 tahun lepas, memaparkan bapanya sedang mendukung abangnya.

Tambah Mira, dia mendapat maklumat bapanya menetap di Kajang, Selangor.

Namun, pencarian itu tidak membuahkan hasil sehingga ke hari ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Terpisah Selama 23 Tahun, Gadis Mohon Bantuan Netizen Untuk Cari Bapanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*