‘Tiada Duit, Terpaksa Makan Nasi Sekali Sehari’

 

Gua Musang: 

 

“Kami tujuh beranak sudah 10 bulan terpaksa catu makanan dengan makan nasi sekali sehari kerana tiada duit,”kata Mat Zaid Sulaiman.

 

Mat Zaid, 41, yang tinggal di rumah usang yang sudah separuh roboh di Kampung Jelaping, dekat sini, malu untuk meminta sedekah daripada penduduk sekampung walaupun terdesak.

Katanya, dia berdepan dengan keadaan itu kerana upah menoreh getah terjejas teruk berikutan wabah pandemik Cov1d-19 dan disusuli musim hujan ketika ini.

 

“Saya lebih banyak mengajar lima anak berusia antara dua hingga 13 tahun makan makanan ringan sepanjang hari termasuk biskut kering dicicah dengan teh ‘O’.

“Ada kalanya saya bersama isteri menit1skan air mata melihat anak diberi makanan seumpama itu sebagai menu harian walaupun kurang berzat.

“Malah, lauk untuk makan tengah hari pula bergantung kepada kemampuan terutama sekadar telur digoreng cicah kicap,” 

 

KEADAAN rumah Mat Zaid di Kampung Jelaping, Gua Musang. FOTO RAMLI IBRAHIM
KEADAAN rumah Mat Zaid di Kampung Jelaping, Gua Musang. FOTO RAMLI IBRAHIM

Mat Zaid berkata, dia bingung memikirkan masa depan keluarganya dan ditambahkan pula sukar mencari peluang pekerjaan lain bagi menampung perbelanjaan.

Katanya, dia tidak mengambil kisah tinggal di rumah usang itu asalkan keluarganya dapat makan setiap hari.

 

“Anak memahami hidup kami miskin dan terpaksa terima hakikat tidak mampu berbelanja seperti orang lain walaupun ada kalanya mereka minta lauk ayam.

“Paling meris4ukan apabila sekolah dibuka awal tahun depan dan sudah tentu perbelanjaan besar diperlukan untuk tiga anak,” katanya.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : HM

Be the first to comment on "‘Tiada Duit, Terpaksa Makan Nasi Sekali Sehari’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*