“Isteri Solehah Sukar Ditemui…” – Raf Yaakob Rasa Sayu Baca Ucapan Arw4h Bapa

 

Seorang bapa jika berkata-kata, ia dapat memberi kesan mendalam terhadap diri seseorang.

Pada 23 Disember 2020, suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob, telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

 

 

Hantaran itu menunjukkan kad ucapan yang diberikan oleh arwah bapa kepada Raf pada 10 tahun yang lalu.

Melalui caption:-

“Raf saja buka balik Birthday card yang arwah bapak bagi 10 tahun lepas. Cuba korang baca… Rasa sayu je di hati ni 😔

“Didalam usaha mencari seorang isteri yang solehah dan seadanya amatlah sukar ditemui. Tiada insan yang diciptakan oleh Ilahi yang serba serbi sempurna sifatnya. Berdoa dan bersabarlah di dalam pencarian seorang isteri yang boleh melahirkan zuriat yang diredhai Allah Swt. Tiada yang manis itu madu dan tiada yang pahit itu racun..”

Al-fatihah buat Arwah Haji Yaakob Bin Haji Mohammad.”

Antara kandungan kad tersebut adalah mengenai nasihat bapanya tentang pencarian seorang isteri solehah yang dikatakan sukar ditemui.

Ini kerana setiap manusia yang dicipta pasti ada kekurangannya yang tersendiri.

Oleh itu, berdoa dan bersabar adalah penting dalam pencarian tersebut.

Setelah 10 tahun kemudian, Raf sudah mempunyai 3 orang cahaya mata dan akan bertambah 1 lagi tidak lama lagi.

Jika dilihat daripada kehidupan Raf kini, beliau sudah menemui seorang isteri solehah dalam pencariannya melalui perkahwinan bersama Mawar, alhamdulillah.

Semoga ikatan perkahwinan mereka berbahagia selamanya.

 

 

Sumber: Instagram Raf Yaakob

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : HotFM

Be the first to comment on "“Isteri Solehah Sukar Ditemui…” – Raf Yaakob Rasa Sayu Baca Ucapan Arw4h Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*