Michael Ang ‘Sound’ PU Yang Tegur Pasal Lamaran Kamal

 

Pengarah dan pelakon Michael Ang tampil mempertahankan tindakan pelakon Kamal Adli melamar Uqasha Senrose semasa siaran langsung di Anugerah MeleTOP Era (AME2020) pada Ahad lalu.

Kata Michael, apa yang dilakukan Kamal adalah untuk menghalalkan hubungan cinta mereka.

Pemilik nama Michael Ang Hai Swee turut meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan Pencetus Ummah (PU) yang mengulas tentang pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini.

 

“Bagi saya ‘sweet’. Sekurang-kurangnya Kamal ajak Uqasha bina masjid. Bukan ajak buat maksiat.Saya tak faham dengan PU ni. Cepat saja nak komen pasal artis. Sebab apa? Nak cepat popular.

 

“Tetapi kalau bab-bab seangkatan korang, senyap ja. Pasal ustaz ke PU tunjuk bebird tu.Pasal cerai isteri masa mengandung. Yang pasal kena dituduh kes r0goll. Tak faham aku kenapa eh?.

 

“Kalau nak popular, buat benda baik contoh Ustaz Ebit Lew. Bukan setakat dikenali, malah orang sanjung lagi,” katanya menerusi rakaman video yang dimuatnaik di Instagram (IG).

 

Dalam pada itu, Michael mendedahkan dia menerima komen carutan daripada segelintir netizen yang mendakwa apa yang terjadi akibat Kamal dan Uqasha berkawan dengannya.

 

“Yang netizen ini saya tak faham. Hantar direct message (DM) lepastu carut saya. Inilah jadi bila orang Melayu kawan dengan orang Cina.Eh ingat saya ajar semua benda ni? Tak kisah nak kata saya pertahankan Kamal dan Uqasha sebab mereka geng saya. Tetapi memang saya rasa PU suka tumpang populariti,” katanya lagi.

 

Terdahulu, PU Rahmat Ikhsan menegur trend masa kini iaitu melamar secara terang-terangan melibatkan ramai khalayak.Menurut PU Rahmat ada beberapa sebab Islam tidak menggalakkan lelaki melamar wanita di restoran atau pentas.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Michael Ang ‘Sound’ PU Yang Tegur Pasal Lamaran Kamal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*