Zizan Bengang Netizen Persenda Tentang Jodohnya

 

Tular video momen Kamal Adli melamar Uqasha Senrose secara langsung pada majlis Anugerah Meletop Era 2020, semalam.

 

Kredit foto: IG/YouTube

 

 

Namun, riak wajah ditunjukkan salah seorang pengacara majlis, Zizan Razak tersenyum mencuri perhatian ramai.

 

 

Mungkin berang dan kecewa apabila dipersendakan warganet mengenai soal jodohnya yang masih belum kunjung tiba, Zizan meluahkannya menerusi Instagramnya.

“Melihat apa yang berlaku malam tadi menjadi perbualan di media sosial tentang jodoh saya selepas Kamal Adli melamar Uqasha Senrose di pentas Ame 2020.

“Maaf saya katakan apa yang berlaku malam tadi bukan plan saya dan saya cuma memberi respons sporting untuk membuat program nampak best.

“Bila sebut bab jodoh, saya tidaklah sebangsat itu dan seperti yang anda sangkakan.

“Segalanya saya serahkan pada Allah kerana jodoh dan ajal maut itu bukan urusan kita dan semestinya Dia,” luahnya.

 

Kredit foto: IG

 

 

Dalam pada itu Zizan juga menjelaskan serba sedikit apa yang berlaku malam tadi bukan rancangannya.

Luahannya itu mendapat perhatian ramai yang turut meninggalkan komen memberi kata-kata semangat buatnya.

 

Kredit foto: IG

 

Selain Zizan, AME2020 dihoskan oleh trio Nabil Ahmad dan Jihan Muse. 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : https://hiburan.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=57121

Be the first to comment on "Zizan Bengang Netizen Persenda Tentang Jodohnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*