Respon Mira Filzah Tentang Orang Yang Meluat Dengan Videonya

 

Shah Alam: Pelakon dan pengacara Mira Filzah, 27, mend3dahkan dia kembali rajin mencipta kandungan di YouTube sejak sebulan lalu disebabkan ingin berkongsi aktiviti bersama suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar atau Emir, 30.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, dia lebih bersemangat untuk memuat naik video di platform itu berbanding sewaktu masih bujang dulu.

“Akaun YouTube itu memang saya wujudkan untuk kongsi aktiviti bersama suami. Kalau untuk diri sendiri, memang saya tak buat.

“Sebab saluran itu sudah ada nama dan saya pun mula buat vlog sekitar 2017 tapi tidak menjadi kerana saya rasa malas. Jadi, bila bersama suami, kami rasa boleh buat kandungan bersama,” katanya.

Menggunakan nama akaun #EmirAmirah, bagaimanapun pasangan itu tidak terlepas daripada komen sinis warganet termasuk ada yang m3luat.

Apapun, pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu menganggap hal itu normal dan menyarankan warganet untuk ab4ikan video mereka jika tidak berkenan.

“Meluat dan meng3cam itu kita tak boleh nak kawal. Saya pun tak paksa tengok. Kalau tak suka, tak payah tengoklah.

“Janganlah tak suka tapi tetap tengok juga selepas itu meng3cam saya. Tak baik,” katanya dengan nada berseloroh.

Mira ditemui sewaktu acara anugerah Nona Superwoman 2020 yang berlangsung semalam. Dia antara menerima kategori Nona Influencer Award daripada 47 wanita yang diiktiraf.

Gelar Suami Dengan Panggilan “Bubu”, Netizen Ingat Mira Filzah Panggil Kucing

Meskipun sudah tiga bulan menjalin hubungan sebagai pasangan suami isteri, pelakon Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar kini masih menjadi tumpuan netizen khususnya peminat dan pengikut pasangan berkenaan.

Mira yang kalah dalam semua kategori di Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH33) tempoh hari dilihat seakan tidak lekang menjamu mata pengikutnya di laman sosial dengan berkongsi keharmonian rumah tangganya dan aktiviti harian bersama suami tercinta.

Terbaharu, dalam perkongsian di laman Instagram miliknya, Mira dikatakan tampil memuat naik video Instastory bagi menunjukkan Oufit Of The Day (OOTD) yang digayakan olehnya di hadapan cermin.

— Niesh (@nieshrashidie_) November 15, 2020

Namun, apa yang meraih tumpuan para netizen adalah panggilannya kepada suami iaitu ‘Bubu’ sehingga dirakam dan dikongsi kembali oleh seorang netizen di laman Twitter.

Namun demikian, gelaran manja itu mula menjadi perdebatan warga maya sehingga ada yang menyatakan bahawa Bubu itu sama seperti nama kucing mereka dan juga alat untuk menangkap ikan.

Akan tetapi, wujud juga segelintir pihak yang turut mengakui bahawa mereka juga menggunakan panggilan yang sama kepada pasangan namun ia dieja dengan ‘Boo boo’ bukan ‘Bubu’ seperti yang mereka sangkakan.

Sehingga kini, perkongsian itu telah meraih ribuan tanda suka oleh para netizen di platform berkenaan, malah ramai juga yang menzahirkan rasa gembira melihat telatah Mira dan suami yang dikatakan sentiasa “sweet” dan manja ketika bersama.

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : http://trendingsangat.pw/ada-mira-filzah-emir/

Be the first to comment on "Respon Mira Filzah Tentang Orang Yang Meluat Dengan Videonya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*