Giliran Luqman Hakim Pula ‘Sekolahkan’ Instafamous Tentang ‘Sw4b T3st’

Isu Instafamous yang didakwa tidak berpuas hati dengan cara kerja dua jururawat di sebuah hospital bukan saja menarik perhatian netizen.

Malah, penyerang muda Liga Pro Belgium, KV Kortrijk iaitu Luqman Hakim Shamsuddin turut meluahkan pandangannya mengenai isu tersebut menerusi satu posting di Twitternya, semalam.

Menurut, dia terpaksa melakukan swab test seminggu sekali, namun tidak pula merungut seperti dilakukan Instafamous tersebut.

“Kita seminggu sekali kena korek (sw4b t3st) ok je. Nurse sini buat pusing macam skru weh,” katanya ringkas.

Posting tersebut kemudian menarik perhatian netizen apabila ramai yang tidak menyangka Luqman secara halus menyindir tindakan Instafamous tersebut.

Rata-rata mereka dilihat bersetuju dengan pandangan Luqman dan menganggap tugas frontliner sewajarnya dihormati.

 

Terdahulu, Instafamous tersebut dikatakan tidak berpuas hati apabila jururawat yang mengambil sample “swab test” menekan lubang hidungnya terlalu kuat.

Susulan tersebut, berlakunya sedikit pertengkaran antara mereka dan video rakaman yang memaparkan kejadian tersebut terus dimuat naik di akaun Instagram Instafamous itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "Giliran Luqman Hakim Pula ‘Sekolahkan’ Instafamous Tentang ‘Sw4b T3st’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*