“100% Duit Sendiri” – Anak Azhar Sulaiman Mohon Maaf Tunjuk Perbelanjaan Bulanan

 

Baru-baru ini, video yang berkongsi jumlah perbelanjaan bulanan seseorang menerusi aplikasi TikTok menjadi antara trend yang hangat diperkatakan di media sosial.

Ada yang turut mencuba cabaran tersebut termasuklah anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona.

Bagaimanapun, video tersebut difahamkan mengundang reaksi pelbagai pihak hingga ada yang mengkritik kerana menyifatkan Leona seolah-olah tidak sensitif dengan situasi semasa.

Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Leona menerusi beberapa hantaran di laman Twitter tampil menjelaskan mengenai tindakannya itu.

 

 

 

 

 

 

Menurut Leona, segala perbelanjaan tersebut merupakan hasil usahanya sendiri dan bukanlah daripada wang pemberian daripada kedua ibu bapanya. Malah, dia menegaskan bahawa bukan dia yang memulakan trend berkenaan.

Sementara itu, Leona turut memohon maaf sekiranya videonya itu ada menyinggung hati mana-mana pihak.

 

Kredit foto: Twitter

 

 

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Leona supaya usah mempedulikan komen-komen negatif tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : https://hiburan.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=57035

Be the first to comment on "“100% Duit Sendiri” – Anak Azhar Sulaiman Mohon Maaf Tunjuk Perbelanjaan Bulanan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*