Temankan Cucu Siapkan Tugasan Dalam Talian, Atuk Sampai Tertidur

Fsct

 

Gara-gara pandemik Cov1d-19 yang melanda negara pada ketika ini, bukan sahaja urusan pekerjaan, malah urusan pembelajaran juga dilakukan secara atas talian.

Kedengaran menyeronokkan bagi sesetengah pelajar disebabkan tidak perlu lagi terlewat bangun untuk ke kelas atau tidak perlu bersusah payah berkejar untuk pergi ke kelas disebabkan kelas boleh ‘diakses’ melalui rumah masing-masing sahaja.

Namun, hakikatnya ‘jauh panggang dari api’ apabila tidak mudah sebenarnya untuk menjalani kelas online sekiranya line internet di kawasan perumahan pelajar mengalami masalah dan tidak berapa memuaskan terutama di kawasan kampung.

Namun, masalah capaian internet yang bermasalah ini sedikit pun tidak mematahkan semangat seorang gadis ini untuk tetap mengikuti kelas secara online yang diadakan oleh pensyarahnya.

Masalah capaian internet di kampung

Klip video yang dimuat naik oleh seorang pemuda ini di akaun TikToknya @dhuanmilos_ mendedahkan bahawa anak saudaranya itu telah mengalami masalah untuk mengikuti kelas online gara-gara capaian internet di kampung mereka yang agak perlahan.

Dem4m pun keluar cari line internet

Difahamkan walaupun berada dalam keadaan yang tidak berapa sihat, namun gadis itu tetap gigih untuk keluar dari kampung semata-mata ingin mencari line internet untuk mengikuti kelas online. 

Lebih mengharukan, si gadis tidak berkeseorangan apabila dia turut ditemani oleh datuknya itu dalam misi ‘menjejak’ capaian internet tersebut sehinggalah mereka berhenti di tepi jalan yang dipenuhi semak samun untuk meneruskan kelas online.

Atuk sampai tertidur teman cari line 

Mungkin penat selepas seharian memandu untuk mencari kawasan yang mempunyai capaian internet yang agak stabil, si datuk kelihatan tertidur pula sementara menunggu cucunya itu selesai dengan tugasannya.

Alahai, atuk pun sweet je tunggu cucu siap kerja. 

Video ini akhinya tular di media sosial sehingga berjaya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati dengan ‘struggle’ yang dialami oleh gadis tersebut demi masa hadapannya.

@dhuanmilos_

kelas online di kampung begini lah,susah nya nak dapat line.Demam pun kena usaha sbb bljar.TQ atuk tmankn cri line##viral ##fypシ

♬ original sound – AaBungsu. SO 🌀

kelas online di kampung begini lah,susah nya nak dapat line.Demam pun kena usaha sbb bljar.TQ atuk tmankn cri line#viral #fypシ

♬ original sound – AaBungsu. SO 🌀 – AaBungsu. SO 🌀

Tidak kurang juga ada yang turut memuji keberuntungan gadis tersebut yang memiliki seorang datuk yang gigih melakukan apa sahaja demi cucu kesayangan walaupun kudrat sudah tidak seberapa.

“Atuk tu sanggup teman…” – Netizen

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "Temankan Cucu Siapkan Tugasan Dalam Talian, Atuk Sampai Tertidur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*