Cik B Kecewa Dituduh Berjaya Kerana Kekayaan Ibu

 

Bergelar pelakon dan muncul menerusi drama Lelaki Lingkungan Cinta anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuba nasib sebagai penyanyi pula apabila tampil dengan single berjudul Tolonglah.

Percubaan pertamanya ternyata membuahkan hasil dan hangat diperkatakan apabila baru sahaja seminggu dilancarkan muzik video lagu tersebut kini berjaya meraih sebanyak 3.7 juta tontonan di laman YouTube.

 

Namun, tidak semua senang dengan kejayaan dikecapi oleh gadis berusia 15 tahun itu apabila ada yang menuduh apa yang dimilikinya kini disebabkan oleh kekayaan ibunya.

Kecewa dengan tuduhan netizen itu, Cik B memuat naik satu posting di Twitternya menafikan perkara itu. Ujarnya, jika ibunya kaya sekalipun namun semua itu adalah hasil titik peluhnya mencari rezeki.

“Netizen cakap ‘kaya bolehla’, Cik B buat semua tu nak cari duit juga lah. Orang bayar Cik B untuk nyanyi, berlakon, Alhamdulillah!

“Ingat senang ke? Mama kaya sebab kerja, Cik B pun kerja, bukan duduk rumah goyang kaki dengki dengan orang. Alhamdulillah rezeki,” tulisnya.

Dalam pada itu, Cik B bersyukr dengan rezeki yang diperolehnya ketika ini. Ujarnya, ibunya dahulu pernah hidup susah namun kini miliki kesenangan kerana usaha keras.

“Mama dulu takde duit, mak tinggal, ayah meninggal, orang jaga. Tapi sekarang dengan apa ujian mama lalui mama bole jadi kaya sebab mama berkerja keras 24/7,” katanya lagi.

Melihatkan perkongsian Cik B itu rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepadanya serta meminta supaya tidak menghiraukan segala komen negatif.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Cik B Kecewa Dituduh Berjaya Kerana Kekayaan Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*