Wanita Berketurunan Malaysia Dilantik Sebagai Datuk Bandar Di Amerika Syarikat

 

Jocelyn Yow, seorang wanita berusia 25 tahun baru-baru ini mencu.ri tumpuan media tempatan di Malaysia selepas beliau dilantik menjadi Datuk Bandar Eastvale di California, Amerika Syarikat.

Ia susulan susur galur dan keturunan Low yang difahamkan berkait dengan beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia dan juga Vietnam di sebelah ibu dan ayahnya.

Bapa Low sebelum ini menurut beberapa laporan media tempatan dikatakan mempunyai susur galur dari Malaysia manakala ibunya pula difahamkan mempunyai keturunan dari Vietnam.

Tambah menarik, Low dalam satu hantaran Instagram yang dibuat baru-baru ini turut berkongsikan beliau pernah datang dan menetap di Malaysia selama beberapa tahun sebelum berpindah ke Amerika Syarikat suatu ketika dahulu.

Walapun bapanya yang berasal dari Malaysia itu difahamkan sudah mula berhijrah ke Amerika Syarikat pada sekitar 1980-an, namun Low menjelaskan mereka terpa.ksa kembali ke Malaysia untuk beberapa tahun selepas itu.

“Pada 1996, kami terpaksa berpindah kembali ke Malaysia apabila datuk sebelah bapa saya menghi.dap kan.ser.

“Saya menghabiskan masa lebih 10 tahun di sana sekaligus membolehkan saya mempelajari lebih banyak tentang sejarah, budaya dan warisan keluarga kami,” kongsinya dalam hantaran berkenaan.

Menurut Malaysiakini, mereka menjelaskan Yow sebelum ini juga pernah bersekolah di SMJK Keat Hwa di Alor Setar, Kedah ketika berada di negara ini sebelum ini.

Hantaran itu dibuat Low pada Mei tahun ini sempena memperingati sambutan Asian Pasific American Heritage Month (Bulan Memperingati Warisan Asia Pasifik Amerika) sambil berkongsikan gambarnya berkebaya.

Selepas kembali ke Amerika Syarikat dan lebih 20 tahun kemudian, Low kini menjadi wanita termuda daripada kaum minoriti dilantik sebagai Datuk Bandar Eastvale yang mempunyai lebih 50,000 penduduk.

Sebelum dilantik secara rasmi pada 10 Disember baru-baru ini, beliau juga difahamkan pernah menyandang jawatan datuk bandar sementara dan telah dilantik sebagai ahli majlis bandar Eastvale sejak 2018 lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mayor Jocelyn Yow (@jocelyn_yow)

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber: thevocket

Be the first to comment on "Wanita Berketurunan Malaysia Dilantik Sebagai Datuk Bandar Di Amerika Syarikat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*