Sam Bunkface Tamatkan Zaman Duda

Penyanyi Sam Bunkface berkongsi berita gembira apabila memaklumkan bahawa dirinya sudah selamat mengakhiri zaman duda.

Pengumuman itu dibuat Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd. Baharom, 32, menerusi satu entri di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SamBunkface (@sambunkface)

“Salam Jumaat semua. Di sini Sam ingin kongsi yang Sam sudah menikahi Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi.

“Doakan yang baik-baik untuk kami. Alhamdulillah,” tulisnya.

Dalam entri tersebut, Sam turut berkongsi beberapa keping foto perkahwinan dirinya.

Bagaimanapun, butiran mengenai perkahwinan itu tidak didedahkan.

Sementara itu, usaha Gempak menghubungi Sam sendiri gagal apabila panggilan telefon tidak berjawab sehingga artikel ini ditulis.

Sebelum ini Sam pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit rancangan, Aida Azira Hussin pada 25 April 2015.

Bagaimanapun, pasangan tersebut bercerai pada Januari 2019.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Sam mempunyai seorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia tiga tahun.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Sam Bunkface Tamatkan Zaman Duda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*