Sempat Minta Izin Main Futsal Daripada Bapa

 

Sungai Besar: Malam tadi, Ahmad Wafi Ahmad Badri, 20, meminta izin daripada bapanya, Ahmad Badri Abd Wahid, 52, untuk bermain futsal bersama rakan-rakannya.

Selepas menunaikan solat Maghrib, Ahmad Wafi yang juga penuntut semester satu, Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Kaunseling Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), menunggang motosikal dari rumahnya di Jalan Masjid Makmuriah ke Dewan Seri Bernam di sini.

Bagaimanapun, Allah SWT lebih menyayanginya apabila anak ketiga daripada lima beradik itu rebah dan tidak sedarkan diri ketika bermain futsal sebelum disahkan men1nggal dunia.

Pada kejadian jam 9.30 malam, Ahmad Wafi disahkan men1nggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.

Bercerita lanjut, Ahmad Badri berkata, Ahmad Wafi tidak pernah berdepan mas4lah kesihatan malah sempat makan petang bersama keluarga beberapa jam sebelum kejadian.

“Ahmad Wafi pendiam namun gemar bergurau dengan adik-beradiknya selain rapat dengan adiknya, Najwa yang berumur 16 tahun.

“Ahmad Wafi tidak menunjukkan perubahan ketara. Cuma semalam, dia lebih senyap berbanding biasa dan apabila adik perempuannya ajak bergurau, dia senyap.

“Daripada segi pembelajaran, Ahmad Wafi bersemangat apabila mendapat tawaran masuk ke UniSZA. Dia bangga kerana satu daripada cita-citanya tercapai iaitu menyambung pengajian selain mahu mengharumkan nama keluarga,” katanya ditemui Harian Metro di rumahnya hari ini.

Ahmad Badri berkata, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak Mac lalu, Ahmad Wafi bergilir dengannya menjadi imam untuk solat Subuh, Maghrib dan Isyak.

Kata guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bedena, Sungai Besar itu, dia terkejut apabila isterinya, Zubaidah Mohammed Yussuf, 52, memaklumkan Ahmad Wafi s3sak nafas seolah-olah n4zak.

“Saya dimaklumkan berkaitan perkara itu jam 9.06 malam. Sebelum itu, isteri dapat panggilan daripada rakan Ahmad Wafi yang memaklumkan kejadian.

“Saya terus bergegas ke lokasi dan sempat memberi bantuan pernafasan sementara menunggu ambulans tiba.

“Ahmad Wafi kemudiannya dibawa ke hospital. Namun, Allah SWT lebih menyayanginya apabila Ahmad Wafi dijemput pergi,” katanya.

Menurut Ahmad Badri, dia sekeluarga reda dengan ket3ntuan Ilahi dan berdoa roh Ahmad Wafi ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Ketika ini, jenazah Ahmad Wafi masih berada di HTAJ Sabak Bernam dan dijangka akan dik3bumikan di Tanah Perkvburan Islam Kampung Nelayan, Sungai Besar selepas bedah si4sat selesai dilakukan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, tiada unsur jen4yah membabitkan kem4tian m4ngsa.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : mediaviral

Be the first to comment on "Sempat Minta Izin Main Futsal Daripada Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*