Radin ERA Sewa Belon Udara Panas Sempena Hari Lahir Kekasihnya

Pengacara dan penyampai radio, Radin Era mencuri perhatian selepas membuat kejutan istimewa sempena hari lahir teman wanitanya yang dikenali sebagai Azlina Idris.

Menerusi perkongsian di Instagram stories, Radin dilihat sejak awal pagi telah membawa teman wanitanya itu ke sebuah lokasi rahsia.

Rupa-rupanya kejutan yang ingin dilakukan oleh Radin itu adalah untuk membawa teman wanitanya itu menaiki belon udara panas yang disewa khas bersempena hari istimewa tersebut.

Dengan menaiki belon panas tersebut, Radin dilihat membawa teman wanitanya itu menikmati pemandangan pagi bandar raya Kuala Lumpur.

Menurut Azlina, dia berterima kasih kepada penyampai radio Era itu kerana telah merialiasikan impian yang disimpannya sejak sekian lama.

“Thank you so much sayang Radin Era for making my wish list came true today.
The best birthday surprise ever. I had a blast.

“What a day to remember. I love you so much sayang,” tulisnya di Instagram stories.

Terdahulu, menerusi laporan Berita Harian, Radin dikatakan telah menangguhkan hasrat untuk melangsungkan perkahwinan bagi memberi tumpuan terhadap kesihatan ibunya.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber: Berita Harian,  Instagram Radin Era 

via Media Hiburan

Be the first to comment on "Radin ERA Sewa Belon Udara Panas Sempena Hari Lahir Kekasihnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*