Joy Revfa kena tempias kontr0versi Da’i Syed

GARA-GARA pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Da’i Syed, usahawan kosmetik iaitu Joy Revfa turut terkena tempias isu berhubung kontr0versi pendakwah muda itu.

Joy mendedahkan dia menerima banyak mesej di laman sosial selain namanya turut dipetik di ruangan komen berita d4kwaan Da’i Syed mer0gol seorang gadis.

Pemilik nama Siti Arifah Amin ini berkata, biarpun Da’i Syed gemar mengusik dan kelihatan nakal namun pendakwah itu tidak pernah berkelakuan tidak sen0noh terhadap wanita.

Joy turut berkongsi perkara itu di laman Instagram.

“Sejak isu itu menjadi tular, saya terima banyak DM dan ramai netizen yang tag nama saya ruangan komen berita berkaitan Da’i Syed.

“Sebenarnya, Da’i Syed ini memang nampak nakal dan suka mengusik walaupun dia seorang pendakwah. Tapi sepanjang berkawan dengan dia, tak pernah lagi dia aniaya perempuan.

“Itu yang saya tahu la. Dia seorang kawan yang baik hati dan selalu kongsi ilmu dengan saya. Malah, dia juga menghormati saya sebagai seorang kakak,” katanya kepada mStar.

Joy yang bakal menceburi bidang lakonan turut berkongsi mengenai perkara itu di laman sosial miliknya.

Bagi saya, tudvhan yang dibuat itu terlalu berat dan serius.

JOY REVFA

USAHAWAN KOSMETIK

Sekitar Mei tahun lalu, Joy pernah berkongsi foto bersama Syed sehingga menimbulkan spekulasi mereka mempunyai hubungan cinta.

Bagaimanapun Syed tampil menafikan perkara itu dan menganggap Joy sebagai kakak.

Sejak Selasa lalu, nama Da’i Syed menjadi perbualan hangat netizen selepas seorang pengguna Twitter mend4kwa rakannya menjadi m4ngsa r0gol pendakwah itu.

Enggan berdiam diri, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail membuat laporan polis bagi menafikan d4kwaan tersebut.

Da’i Syed buat laporan polis bagi menafikan d4kwaan mengenai dirinya.

Dalam pada itu, Joy berpendapat tudvhan yang dilemparkan terhadap Syed itu sesuatu yang berat dan serius.

Bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun ini berharap semua pihak yang terlibat dapat bersemuka untuk menyelesaikan isu tersebut supaya tiada pihak yang teraniaya.

“Bagi saya, tudvhan yang dibuat itu terlalu berat dan serius. Tapi sekiranya dakwaan itu benar, mohon mangsa yang terlibat itu tampilkan diri.

“Supaya kedua-dua pihak tak teraniaya. Daripada apa yang saya baca dan faham, individu yang membuat d4kwaan itu bukan mangsa,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Joy Revfa kena tempias kontr0versi Da’i Syed"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*