“Dia Sweet, Kami Suka Berbalas Pick Up Line” – Aniq Suhair Selesa Kawan Dengan Cik B

Digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan anak jutawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B, pelakon baharu Aniq Suhair mengakui hubungan mereka mula rapat sejak bergandingan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ANIQ SUHAIR (@aniqshr)

Menurut Aniq atau nama sebenar Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 20, dia selesa berkawan baik dengan Cik B kerana keikhlasan ditunjukkan gadis berusia 15 tahun itu.

“Kami mula kenal dan berkawan sejak penggambaran drama Lelaki Lingkungan Cinta. Memandangkan kami banyak babak bersama, jadi dari situlah kami mula berkawan rapat.

 

Kredit foto: IG Aniq

 

 

“Walaupun Cik B nampak pendiam, tapi sebenarnya di set penggambaran dia suka bergurau! Contohnya dia pick up line dan saya pun suka berbalas pick up line dengan dia.

“Sejujurnya, saya selesa berkawan dengan Cik B kerana dia seorang gadis yang sweet, baik hati, sopan santun dan mudah bergaul,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, timbul gosip kononnya Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin menjalinkan hubungan cinta dengan bekas finalis program Hero Remaja 2020 ini.

Menerusi laman Twitter, Cik B memuat naik status memberitahu dia sudah berpunya dan berkongsi beberapa keping gambar dan video bersama Aniq.

 

Kredit foto: IG Aniq

 

 

“Saya harap orang luar tidak melihat perkongsian itu secara serius. Semua tahu Cik B masih lagi belajar dan saya pun baru melangkah masuk dalam industri ini.

“Posting di laman sosial itu hanya gurauan sahaja, tapi tak sangka pula ramai yang ambil serius tentang perkara ini sehingga ada yang tvduh saya bukan-bukan.

“Sejujurnya, kami memang selalu bergurau dan berborak macam-macam topik antaranya tentang perniagaan, permainan video dan koleksi kasut,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Cari

Be the first to comment on "“Dia Sweet, Kami Suka Berbalas Pick Up Line” – Aniq Suhair Selesa Kawan Dengan Cik B"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*