Ditvduh minta bayaran urus jen4zah pes4kit Cov1d-19,

DI saat keluarga waris pes4kit Cov1d-19 sedang berdvka, ada pula pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan atas kesedihan itu.

Pihak terbabit dipercayai memaklumkan kepada waris salah seorang pes4kit Cov1d-19 di Sandakan, Sabah bahawa mereka perlu membayar sebanyak RM2,000 untuk proses pengebumian jen4zah.

Perkara itu bagaimanapun mendapat perhatian seorang aktivis masyarakat, Abam Botak yang lantas menepis d4kwaan tidak berasas itu.

“Sebaik mengetahui perkara itu memang saya terkejut dan terkilan. Tiba-tiba ada orang tuduh kita ambil duit sedangkan kita sanggup bahayakan diri dan berpanas pakai pakaian pelindung diri (PPE).

“Dakwaan itu tidak benar sama sekali dan agak keterlaluan. Saya tidak ada menerima atau mengambil wang sedikit pun daripada waris. Inilah kerja orang tengah yang cuba ambil kesempatan atas kesedihan waris, ” katanya kepada mStar.

Yunizam sedia membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira batas agama.

Menurut Abam Botak atau nama sebenarnya Yunizam Yusop, mereka menyediakan perkhidmatan pengurusan jen4zah kepada sesiapa saja secara percuma.

“Umum mengetahui saya menyediakan perkhidmatan ini sejak sebelum wab4k Cov1d-19 lagi. Semuanya kami urus secara percuma daripada proses tayamum, kafan, pengangkutan dan bacaan tahlil di tanah perkvburan.

Sebaik mengetahui perkara itu memang saya terkejut dan terkilan. Tiba-tiba ada orang tvduh kita ambil duit sedangkan kita sanggup bah4yakan diri dan berpanas pakai pakaian pelindung diri (PPE).

YUNIZAM YUSOP

Pemilik van jen4zah percuma Abam Botak

“Begitu juga kem4tian melibatkan pes4kit Cov1d-19, sama ada mereka rakyat Malaysia atau sebaliknya, tidak ada bayaran sesen pun yang dikenakan kepada waris. Kami hanya minta waris sediakan tanah perkvburan saja,” katanya.

Justeru Abam Botak menggesa orang ramai supaya tidak terpedaya dengan modus operandi itu.

“Sekiranya terdapat pihak yang mengenakan bayaran terhadap pihak waris sila buat laporan polis dengan segera. Saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk si4sat perkara ini.

Yunizam dan anak buahnya perlu berhati-hati untuk mengelakkan risiko dij4ngkiti.

“Saya juga ingin menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan berita, cerita ataupun maklumat yang tidak sahih agar tidak timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Mengenai pengebumian jen4zah pes4kit Cov1d-19, Abam Botak mengakui proses tersebut amat mencabar.

“Memang lebih mencabar, bila salah step boleh kecundang iaitu berisiko dijangkiti. Jadi kami perlu lebih berhati-hati dalam setiap langkah.

“Walaupun bentuk muka bumi di Sabah berbeza, ada tanah perkuburan diatas bukit, niat kami hanya satu… selesaikan jen4zah dengan segera, ” katanya.

Dalam pada itu, Abam Botak berkata pihaknya turut mengambil video dan gambar jen4zah untuk titipan waris keluarga.

Yunizam dan anak buahnya menguruskan jen4zah 55 pes4kit Cov1d-19 setakat ini.

“Kalau saya ditempat famili terbabit, pasti nak jadi orang yang uruskan jen4zah tapi prosedur operasi standard (SOP) tidak membenarkan waris terlibat.

“Jadi sebagai tatapan waris kami sediakan video dan gambar dari A to Z secara percuma. Idea itu timbul sebab pernah sekali waris merayu minta ambil gambar dan video kerana sudah lama tidak bertemu arw4h.

“Kami akan buat ikut permintaan waris. Alhamdulillah semua mahu. Jadi bila saya post di media sosial, satu saya suka… orang ramai akan mendoakan kesejahteraan arw4h,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Ditvduh minta bayaran urus jen4zah pes4kit Cov1d-19,"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*