James Bond menlnggal dunia

KUALA LUMPUR: Aktor yang terkenal dengan watak James Bond, Sean Connery menlnggal dunia pada usia 90 tahun, hari ini.

Memetik laporan BBC, berita sedih berkenaan disahkan keluarga aktor kelahiran Edinburgh, Scotland itu.

Connery, aktor pertama membawa watak ejen perisik British popular ke layar perak pada 1962 dan memegang nombor perisik 007 sepanjang tujuh francais filem itu dihasilkan.

Pada 1988, beliau menerima anugerah Oscar pertama apabila wataknya sebagai pegawai polis dalam filem The Untouchables dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik.

Connery dianugerahkan gelaran ‘Sir’ oleh Ratu England pada 2000 dan baru meraikan ulang tahun ke-90, Ogos lalu. – AGENSI

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: bh

Be the first to comment on "James Bond menlnggal dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*