Ramai PeIik Apa MasaIah Fahmi Reza Sampai Lukis Wajah Aiibkan Dr Noor Hisham. Peguam Ini Mula Bersuara

 

Gambar ini memang tidak patut. Saya tidak setuju dan keterlaluan.

Begitu jugalah pendapat-pendapat rakyat Malaysia di ruang komen. “This is too much”. “Kalau nak attack politikus, kami faham tetapi kenapa serangan pada DG”.

Ada yang juga dalam komen yang menyokong, ini adalah ekspresi seni katanya untuk mengambarkan bahawa DG yang dikawal oleh politikus.

Ekspresi seni ini pelbagai caranya dan banyak gambarannya. Jadi mungkin ada hujah yang akan kata “Come onlah chill! Ini ekspresi seni”.

Pandangan saya ekspresi seni ini, biar kena pada agama, tempat, sensiitiviti dan budaya.

Ekspresi seni ada juga dalam bentuk nudity (b#gel) tetapi tidak diterima di negara kita kerana agama, budaya, sensiitiviti dan fahaman.

Kalau kita ke luar negara, banyak patung-patung seni yang di tengah-tengah bandar dan juga di muzium-muzium. Ini memang bersesuaian dengan fahaman dan budaya mereka.

Saya teringat sewaktu pergi ke Italy dahulu, di setiap muzium ini kebanyakan ada patung-patung yang separuh b#gel, berb#gel penuh dan setiap yang ke muzium yang cintakan akan kesenian ukiran patung meneliti ianya sebagai satu hasil seni agung.

Waktu saya ke Muzium Galleria D’ Accademia Florence, di Italy. Ada satu hasil seni agung iaitu patung David of Michelangelo di dalam muzium tersebut.

Saban tahun ribuan manusia datang melihat hasil seni agung oleh Michelangelo ini. Patung ini seorang lelaki berb#gel dan ini adalah satu ekpresi seni oleh Michelangelo.

Patung ini dianggarkan dihasilkan pada sekitar 1501-1504. Kenapa patung David? Apa ekspresinya? Kalian boleh baca sendiri, ada banyak interpretasinya.

Masa kecil-kecil dahulu, saya selalu menonton filem dari Hollywood yang turut mempamerkan banyak babak-babak di luar negara.

Dalam hati, indahnya negara mereka. Ada patung-patung, ada ukiran-ukiran berbentuk dewa-dewi. Kenapa Malaysia tidak ada?

Waktu itu, masih kecil tidak faham tentang isu sensiiviti agama, budaya dan fahaman.

Apabila besar baru saya faham tentang pelbagai isu dan tidak semua negara boleh mempraktikkan apa yang diamalkan oleh negara lain hanya kerana tujuan rasa cantik dan suka-suka. Semua perlu teliti latar belakang agama, budaya dan fahaman sebuah negara.

Tindakan keterlaluan

Saya rasa gambar yang meletakkan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di dalam lubang tandas atau lubang n4jis itu amat keterlaluan kerana itu adalah perbuatan yang menghiina.

Sehinggakan berita portal di Singapura iaitu The Independent dan sebuah stesen televisyen China telah menamakan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia kerana strategi menangani C0vid-19.

Sehingga hari ini saya berterima kasih dan akan terus berterima kasih kepada frontliners, Kementerian Kesihatan, PDRM, ATM, MKN dan lain-lain yang banyak berusaha untuk memastikan penularan C0vid-19 di Malaysia terkawal.

Kalau saya sendiri memang tak sekuat itu untuk berkhidmat, siang malam dan meninggalkan urusan peribadi dan keluarga dan berkorban untuk negara. Show some respect, please.

Sumber:FB Nor Zabetha

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: https://www.asiakini.com/

Be the first to comment on "Ramai PeIik Apa MasaIah Fahmi Reza Sampai Lukis Wajah Aiibkan Dr Noor Hisham. Peguam Ini Mula Bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*