Pak Cik Gigih Jual Lepat Pisang Di Jitra Demi Kumpul Wang RM3K Untuk Buat Pembed@han Matanya

 

Ada yang terpaksa bergelumang dalam kesusahan demi meneruskan hidup. Tiada istilah penat, selagi terdaya, selagi ada kudrat, selagi itu mereka akan bekerja demi mencari rezeki yang halal.

Seperti perkongsian oleh seorang gadis, Nuriylia Malek di Twitter mengenai seorang warga emas yang ditemuinya sedang menjual di tepi jalan di Jitra, baru-baru ini.

Dengan kudrat yang masih tersisa, warga emas lebih separuh abad itu masih gigih berdiri menanti pelanggan yang datang membeli kuih jualannya, lepat pisang, pulut udang dan tepung bungkus.

Ketika ditanya, Nuriylia berkata, pak cik tersebut ingin mengumpul wang demi melunaskan satu hajatnya selama ini iaitu untuk melakukan pembed4han mata supaya penglihatannya lebih jelas akibat masalah knc1ng m4nis.

Kata Nuriylia, jumlah pembed4han menelan belanja sebanyak RM3 ribu ringgit namun warga emas itu hanya dapat mengumpul ratusan ringgit hasil dari jualan kuih yang tidak seberapa.

Nak buat pembed4han mata..

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut menzahirkan rasa simp4ti dan kagum akan kegigihan warga emas itu mencari rezeki tanpa meminta-minta.

Malah, kesedapan kuih-muih yang dijual oleh beliau turut diakui oleh ramai warganet. Kami mendoakan semoga hajat Pak Cik tertunai dan semua urusan dipermudahkan. Amin.

Dah pernah beli, sedap sangat

 

 

Sumber: Twitter @nuriyliamalek via SK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

 

Be the first to comment on "Pak Cik Gigih Jual Lepat Pisang Di Jitra Demi Kumpul Wang RM3K Untuk Buat Pembed@han Matanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*