Dia Hubungi Saya Jam 3 Pagi Dan Mahu Masukkan RM1 Ribu Dalam Akaun Bank Saya – Joey BPR

 

” Dari pagi sampai malam duk ikut SOP, kedai sesak orang tak pakai mask TAKDE POLIS. Bila malam, dah takde orang. Aku terjah beli air kejap

” Tiba-tiba datang POLIS, ASKAR, MAJLIS .. kantoi.. Kalau takdir dah nak kena, kena jugak Tapi aku bersyukur, kena seribu ringgit. Kalau kena Covid …. Lagi teruk. Pengalaman mendewasakan kita”

Itu perkongsian penyanyi Joey BPR, 57, dikenakan kompaun RM1,000 akibat melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kelmarin.

Menariknya, Joey dihubungi seorang peminatnya yang tampil memberi bantuan untuk membayar kompaun itu.

Lelaki berusia 44 tahun itu menghubungi Joey menerusi Facebook kira-kira jam 3 pagi semalam menceritakan hasratnya.

Dia ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia menganggap Joey sebagai idola dan membesar dengan lagu-lagunya bersama kumpulan BPR.

” Apabila saya ikuti dia di Facebook, saya terkejut dengan kehidupannya sekarang.

” Melihat dia menulis status dikenakan kompaun akibat kesalahan itu, saya rasa terpanggil untuk membantu,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, dia sering mengikuti penulisan Joey dan kagum dengan perkongsiannya.

” Dia ada prinsip dan memang ‘Mat Rock’ sejati. Dia ada satu falsafah iaitu tak kisahlah apa-apa janji tak menyusahkan orang. Itulah juga yang saya pegang.

” Perkongsiannya berkenaan apa yang berlaku menjentik hati saya. Saya sukakan tulisannya yang bercerita banyak perkara berkenaan dunia seni. .

” Cerita dia memang ada kebenarannya dan dia ada satu ingatan yang pada saya sangat tajam,” katanya.

” Saya tak nak kerana masalah ini, dia ‘down’ dan hilang semangat untuk dia menulis sedangkan ia banyak suntik semangat kepada ramai orang,” katanya yang enggan dikenali.

Lelaki berasal dari Dungun, Terengganu itu juga mengakui pernah melalui kehidupan sukar akibat kemalangan pada 2011.

Dia kini menginfaq sejumlah wang gajinya setiap bulan untuk membantu golongan yang memerlukan.

” Saya tak rasa sumbangan saya sesuatu yang besar kalau nak dibandingkan dengan Ustaz Ebit Liew. Itu idola saya dan saya pernah berjumpa dia,” katanya.

Ini luahan Joey

Sementara itu Joey berkata, dia terkejut apabila dihubungi lelaki itu yang berhasrat membantunya membayar denda.

” Dia menghubungi saya pada jam 3 pagi dan mahu masukkan RM1,000 dalam akaun bank saya.

” Saya terharu kebelakangan ini ramai peminat beli produk jualan saya dan ada yang bayar lebih.

” Mungkin mereka beli hanya untuk tolong saya ketika dalam kesusahan.

” Saya pun tak pernah minta derma pada sesiapa,” katanya yang menjual cendera hati dan barangan berasaskan jenama BPR.

Joey atau nama sebenarnya, Johari Mat Rozekhi dikenakan kompaun itu kerana tidak memakai pelitup muka dan mencatat nama ketika memasuki sebuah kedai serbaneka di Ukay Perdana, Ampang, malam kelmarin.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: http://limauais.pw/

Be the first to comment on "Dia Hubungi Saya Jam 3 Pagi Dan Mahu Masukkan RM1 Ribu Dalam Akaun Bank Saya – Joey BPR"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*