Suami nmpk normal, nmpak clean. Lps check hp suami, aku terkejut. Diam2 rupanya suami buat hal

 

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Nama saya A for Anggerik. Dah 4 tahun kahwin. Ada 2 orang anak.

Tajuk saya nak share ni simple sahaja untuk dihadam. Batasan. Batas sebagai lelaki dan perempuan sama ada dah berkahwin atau belum.

Saya pasti semua yang membaca pasti ada pengalaman kerja atau berurusan dengan jantina berlawanan. Ini cerita benar apa yang terjadi pada suami dan sungguh mer0bek hati saya.

Awal 2020, tiba tiba saya tergerak untuk check HP suami. Tak pernah buat. Tak tahu kenapa. Bila buka, memang terkejut tengok Whatsapp dia, chat FB dia, IG dia. Semuanya dengan perempuan.

Ada yang melayan. Ada yang bijak menepis. Bila saya teliti, ada yang jenis melayan sebab tak tahu dia dah kahwin mungkin sebab dia tak letak DP dekat Whatsapp.

Saya scrolll lagi, bila dia mengaku status, ada yang pushed him away tapi ada yang sambung melayan. Lelakikan sweet talker.

“Tak takut ke wife check telefon abang nanti”

Min bukan nama sebenar. 0200 am.

“Eh wife abang tak check telefon abang. Jangan risau”

Abang buaya. 0200 am.

Udah kenapa kena mesej tengah malam. Yang melayan pun salah dan yang minta untuk dilayan pun salah. *Saya cuba sehabis baik melaksanakan kehendak batin dia. Jangan kecam sis tak tido dengan laki pulak* Hehe.

Maka, saya confront dengan suami saya. Dia marahkan saya sebab check telefon dia. Dia kata kawan je. Takkan salah kot. Kawan je. Kawan je!

Ya Rabbi, Tuhan saja yang tahu perasaan saya masa tu. Penat saya cakap benda tu salah sebab list yang awak chat tu perempuan.

Yang awak stalk dekat IG tu perempuan. Perbualan tu berhenti di situ dan dia cuba elak bila saya tanya elok elok. Maka saya teruskan kehidupan dengan harapan dia akan berubah. *Salah di situ ya puan puan sebab dia tak pernah berubah*

Semakin teruk jadinya bila saya tangk4p dia s3xting (mesej lcah, terlondeh, terjojol semua anggota badan) dengan salah sorang klien dia. Mula mesej ‘hai’, ‘bye’ hinggalah membawa kepada s3xting.

Bayangkan hancur tak hancur hati seorang isteri bila tengok suami yang cuba untuk percaya buat benda macam tu. Dengan penemuan gambar yang tak senonoh lagi.

Saya confront dengan dia sekali lagi. Saya tanya kenapa buat macam ni? Dia diam seribu bahasa. Saya tanya pernah tidur sama ke? Katanya tak pernah.

Kalau pernah, saya nak dia bertanggungjawab memandangkan klien dia tu anak dara!! Tak terbayang kalau benda ni jadi dekat perempuan atau saudara perempuan kami.

Malam tu kami g4duh besar. Paling besar sepanjang 4 tahun kahwin. Tak sangka saya bila mana lelaki yang saya percaya, yang saya curahkan segala perasaan dan sayang buat macam tu. Saya penat sebab asyik kena tipu.

Rupanya, tabiat dia mesej perempuan lain, mintak gambar selfie segala mak nenek tu bermula dari sebelum kahwin lagi dan berterusan setiap tahun. Wow.

Wallahi saya tak tahu tabiat dia sebelum kahwin. Nampak normal. Nampak clean.

Maka, saya tak berdiam diri. Saya consult kawan lawyer saya. Saya bercadang nak tuntut fasakh. Saya perlu lengkapkan beberapa dokumen untuk sokong permohonan fasakh saya.

Dalam masa yang sama dia kata menyesal yang dia dah tipu saya. Dia buat benda tak baik belakang saya.

Saya diam kaku tak kata apa apa. Saya teruskan hidup tapi kosong. Saya tak boleh fokus kerja. Saya tak fokus dengan apa yang saya buat. Hati saya sakit.

Maka, izinkan saya titipkan pesan untuk semua.

Pertama, jujurlah dengan pasangan anda. Cuba elakkan untuk bermesej dengan orang berlainan jantina kalau tak penting. Ada beza kalau kita baik boleh kamcing dengan seseorang atau “baik” atas sebab sebab lain.

Kedua, kepada anak anak dara di luar sana, hati hatilah.

Laki orang ni sentiasa memerhati dan mencari ruang untuk cuba anda. Apa yang anda post di social media mungkin menarik perhatian lelaki buaya macam dia ni. Simple ‘hai’ boleh membawa kepada macam macam kalau anda tak tapis hari ini.

Doakan saya dengan anak kuat. Saya masih mencari kekuatan untuk teruskan kehidupan.

Reaksi warganet

Zawitah Kaderi –

Bagus tindakanmu Dik. Bukan macam setengah confessor yang saya baca, “bertahun tahun saya merana dengan perbuatan suami. Dengann takdir tuhan saya mengandung lagi”… Rasa nak bagi penampar je.

Amira Abdullah –

Akk setuju tindakan Anggerik kerana a cheater will always be a cheater dan curang adelah satu pilihan.

Mulakan kehidupan baru kerana awak masih muda dan baru anak satu. Jangan siksa diri sendiri dengan mengharapkan dia akan berubah. Kalau die berubah dia akan cari you kembali. Percaya lah. In the first place, Allah yang menjentik awak untuk check hp die. Allah adelah perancang terbaik.

Alfena –

Lagi satu nak pesan pada adik adik kakak kakak kalau masa korang tengah bercouple/bertunang tu bila ada perempuan approach kata bf/tunang korang menggatal dengan perempuan tu maka eloklah korang consider tinggalkan saje lelaki tersebut.

Walaupun bf korang deny sungguh sungguh masakan takde angin pokok bergoyang. Memang tak boleh pakai ya lelaki begini. Jangan kita mengharapkan lelaki tu berubah sebab people will NEVER CHANGE. We are the one who need to change.

Berdasarkan pengalaman sendiri, pernah warn sorang kawan ni tunang dia masih berjumpa dengan perempuan lain tapi kita pula dimarahnya. Last last dia kahwin tak sampi 2 tahun pastu cerrai.

Aira Mira –

Sebab tu selain percaya, perempuan jugak kena usaha. Usaha untuk pantau pasangan kita. Check hp, check media social dia dri awal awal kita kenal sampai lah bila bila.

Dan selalu ingatkan dia untuk terus setia, jangan curang. Warning dia siap siap kalaw dia buat bukan bukan. Mostly lelaki yang saya nak kenal dan dia bersetuju untuk in relationship. Lepas tu saya menyamar jadi orang lain, ada fake acc.

Saya try pikat lelaki tu, kalaw dia mengaku bujang, then blah je. Dan kena uji dia. Banyak level tengok sejauh mana dia setia. Kalau dia lepas ujian ujian tu, then bleh teruskan. Dan paling penting, restu ibu ayah sebelum pergi lebih serious, doa dan istikarah.

Norlaila Mohd Din –

Sebelum confessor finalised pasal lawyer tu cuba buat aktivity bersama suami dulu. Maybe tindakan suami tu sebab sudah terlalu biasa baginya. Sukar utk dia berubah,tambahan dia rasa tak salah pun kot.

Salah satu sebab mungkin dia ada banyak masa nak buat semua tu. Ok now cuba cadangkan aktiviti yang lebih bermanfaat untuk tukar arah kecenderungan suami. Maybe mulakan dengan perbanyakkan attend majlis ilmu ugama, usrah, tazkirah, pi kelas quran, mulakan dengan aktivity hafal quran contohnya..

Mendekati ugama adalah jalan terbaik kerana disitu ada banyak nasihat. Tak perlu dah u jerit jerit apa yabg dia buat tu salah. Then mungkin buat income tambahan bersama, jogging bersama.

Sekadar pandangan 20 sen saya. Apa pun saya bersimpati. Semoga u berjaya dalam hidup.

Sumber – A for Anggerik (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Sumber : http://www.edisimedia.com/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Slamber Media

Be the first to comment on "Suami nmpk normal, nmpak clean. Lps check hp suami, aku terkejut. Diam2 rupanya suami buat hal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*