Slumber masuk IPD bawa lari MPV polis. Sebab benda ni je mereka kant0i

 

Kuala Lumpur: Dua suspek bertindak nekad apabila melarikan sebuah kereta peronda (MPV) model Honda Civic 1.8S milik pasukan polis di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 9.40 malam itu, dua suspek lelaki dikatakan melarikan kenderaan baru milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan yang berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU).

Sumber berkata, suspek dipercayai menyamar sebagai anggota polis dengan memasuki kawasan IPD dengan menunggang motosikal.

“Suspek kemudiannya mendakwa mahu melakukan pemeriksaan terhadap MPV berkenaan sebelum melarikan salah sebuah kereta peronda polis itu.

“Susulan itu pihak polis melancarkan gerakan bagi memburu suspek yang dipercayai melarikan kenderaan itu ke selatan tanah air,” katanya.

SUSPEK yang berjaya diberkas polis selepas melarikan kereta peronda polis.

Difahamkan kereta MPV polis itu akhirnya menjaya ditemui semula berhampiran lampu isyarat di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, sekitar jam 2 pagi tadi.

“Dua suspek membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita berusia 20-an dan 30-an yang melarikan MPV itu berjaya diberkas polis di lokasi kejadian.

Kereta Habis Minyak

“Ada kemungkinan kereta MPV yang dilarikan itu kehabisan petrol. Motif kereta MPV itu dilarikan masih dalam disiasat,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk siasatan lanjut.

Kereta MPV Honda Civic 1.8S adalah kenderaan terbaru digunakan PDRM yang dilengkapi peralatan komunikasi dan kamera berteknologi terkini sejak pertengahan September lalu.

Sebanyak 425 kereta Honda Civic 1.8S yang dilengkapi peralatan komunikasi RMPNet, kamera papan pemuka dan perakam video digital mudah alih digunakan PDRM dengan menelan kos keseluruhan bernilai RM67

Berikut reaksi dari netizan yang memuji ‘keberanian’ luar biasa pasangan terbabit

“Fuuhh pakar motivasi mana dia dgr sampai ada kekuatan rembat keta polis dlm balai.

” Dirembatnya MPV Polis dlm balai polis pula tu aduss dlm balai boleh berlaku kalu kt luar x taw laa

“Dlm balai polis pun boleh buat jenayah mencuri…sungguh berani..apatah kg d luar balai..agaknye nk merasa round naik kereta peronda tbaru pdrm

” macmn bole lepas dr P. pinang sampai ke shah alam..bukan ke ada rodblock kat sempadan negeri..pening arr nk mikio

” Dahsyat betul…cukup nekad.. harta benda polis pun berani nak curi… kacau polis spt kacau sarang tebuan la… Ini mesti terpengaruh dengan filem barat…Harus ingat filem itu hanya lakonan sj, bukannya nyata

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Slumber masuk IPD bawa lari MPV polis. Sebab benda ni je mereka kant0i"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*