Bersara Dengan Rekod 29-0, Tunaikan Janji Kepada Ibunya.. Ini 5 Fakta Menarik Khabib Nurmagomedov Yang Ramai Tak Tahu..

Dunia dan peminat sukan MMA dikejutkan dengan pengumuman bintang UFC Khabib Nurmagomedov yang memutuskan bersara sebaik memenangi pertarungan ke 29nya dengan Justin Gaethje  di UFC 254 di Abu Dhabi, 25 Oktober 2020.

Pesohor sukan berusia 32 tahun itu mengambil keputusan tersebut sebagai menunaikan janji kepada ibunya.

Beliau berjanji akan berhenti daripada dunia pertarungan setelah kehil4ngan ayahnya, Abdulmanap Nurmagomedov yang meningg4l dunia kerana s4kit jantung dan k0mplikasi v1rus cor0na pada 3 Julai 2020.

“Ini pertarungan terakhir saya. Tidak mungkin saya datang ke sini tanpa ayah saya.

“Saya berbincang dengan ibu selama tiga hari setelah UFC menelefon saya untuk bert4rung dengan Gaethje. Saya berjanji kepadanya ini menjadi pert4rungan terakhir saya.

“Saya harus menepati janji saya. Ini pert4rungan terakhir saya,” kata Khabis seperti dilaporkan CNN.

Malah setelah usai bert4rung, Khabib menuliskan sebuah pesan khusus yang didedikasikanbuat ayahnya di akaun Instagramnya.

“Ketika Allah bersamamu, tidak ada apapun yang boleh mengh4ncurkanmu. Tidak ada.

“”Terima kasih ayah atas segalanya. Kamu mengajar saya tentang hidup. Semoga Allah memberikanmu tempat tertinggi di syurga,” tulis Khabib.

(Kenangan Khabib bersama Almarhum ayahnya, Abdulmanap Nurmagomedov)

Sementara itu, Gaethje yang tewas pada pusingan kedua ikut mengungkapkan rasa duk4cita di atas pengumuman yang dilakukan Khabib.

Meski demikian, beliau menghormati keputusan besar yang diambil Khabib saat dirinya berada di puncak karier.

Bercerita kepada media dalam sidang media selepas tamat pertarungan mengenai tindakannya menghampiri Khabib yang bersujud dan menangis usai menewaskannya, Gaethje mengatakan ia menyelitkan kata kata semangat buat ‘wira’ itu.

“Saya beritahu, saya tidak punya kesempatan untuk mengucapkan takziah atas pemergian ayahnya, tapi saya turut berduk4 cita.

“Saya katakan beliau baru saja membuat ayahnya sangat bangga,” kata Gaethje.

Khabib memulakan kariernya pada tahun 2008 dan sejak itu dengan 29 pertarungan yang diharunginya, beliau tidak pernah tew4s.

Salah satu pert4rungan yang menjadikan dirinya begitu dikenali seluruh dunia adalah selepas menew4skan Conor McGregor pada edisi UFC 2018.

SELAIN diketahui sebagai bintang seni bela diri campuran (MMA) masih tidak ramai yang tahu latar belakang pahlawan Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov sebelum dia menjadi perhatian ramai selepas menew4skan Conor McGregor pada edisi UFC 2018.

1.MELALUI ZAMAN KANAK-KANAK YANG PENUH MENC4BAR

Dilahirkan dalam keadaan yang agak ekstr3m sama ada dari segi geografi dan politik. Khabib juga dibesarkan dalam situasi yang terlalu tertekan di pergunungan Dagestan, Russia yang menjadi antara lokasi kem1skinan tegar dan pengg4nas. Ayahnya, Abdulmanap Nurmagomedov pula merupakan jurulatihnya yang pernah menjadi juara Sambo, seni bela diri dan juga penggusti bebas. Dia memiliki gimnasium tersendiri di mana juara MMA itu dilatih

2.ATLET SENI BELA DIRI YANG SEMPURNA

Khabib bukan setakat juara di dalam oktagon tetapi sebelum dia mencabar ego Mcgregor dalam medan pert4rungan, dia sebenarnya telah meraih beberapa gelaran sebelum itu, mudah kata, Mcgregor telah pun ditakdirkan untuk k4lah pada malam berkenaan.

I. Menjulang dua kali pingat emas pada Kejohanan Dunia SamboII. Pemenang dua kali pingat emas pada Kejohanan Sambo Russia Kebangsaan
II. Pernah memenangi Perandingan No-Gi Grappling di Amerika Utara
III. Juara Kejohanan Eropah dalam Tempur Tanpa Senjata Askar (Army Hand-to Hand).
IV. Johan Pankration Eropah

3.BERGELAR BAPA BEBERAPA JAM SEBELUM BERDEPAN BARBOZA

Detik malam UFC 219 merupakan penentuan karier Khabib sebagai petarung berkebolehan. Tetapi ia juga menjadi saat manis buatnya apabia dia bergelar bapa beberapa jam sebelum bertemu Barboza dan memenangi perlawanan berkenaan..

4.BELUM PERNAH TEW4S

Dengan rekod 27-0, Khabib turut memegang rekod sebagai atlet MMA yang belum pernah ditewaskan. Pengalaman dan rekodnya sepanjang membina karier di UFC membuktikan dia adalah pet4rung yang unik dan istimewa.

5.HAMPIR PUTUS ASA DARI UFC AKIBAT KEC3DERAAN

Ya, ini antara perkara yang ramai tidak pernah tahu mengenai Khabib. Ia antara perkara yang mungkin dikenang Khabib di mana dia hampir berhenti dari pentas UFC selepas mengalami kec3deraan yang meng4ncam nyawanya hinggakan dia terpaksa berhenti selama dua tahun sejak April 2014 hingga April 2016. Sepanjang tempoh rehat dua tahun itu dia memikirkan untuk mengumumkan persaraan, namun Abdulmanap menjadi sebab mengapa dia tidak jadi mengumumkan persaraan sebelum menjadi juara beberapa tahun berikutnya.

Kredit Foto: Talksport.com

Sumber: Gempak

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: https://www.rotikaya.rimbabara.com/

Be the first to comment on "Bersara Dengan Rekod 29-0, Tunaikan Janji Kepada Ibunya.. Ini 5 Fakta Menarik Khabib Nurmagomedov Yang Ramai Tak Tahu.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*