“Dulu Hari-Hari 0rang Kec4m, Dengan Ku4sa Allah Sekarang Dah Kurang” Azwan Ali

 

Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA akui lega apabila kec4man terhadapnya kini semakin berkurangan berbanding dahulu. Ujarnya, perkara itu berlaku selepas kontroversinya menyelar dan mengutuk sebuah hospital.

Azwan berkata disebabkan kontroversi itu dia perlu membayar denda berjumlah RM17,000. Namun, katanya sejak itu menjalani kehidupan yang tenang kerana apabila bangun pagi, tiada lagi makian daripada netizen.

“Gara-gara seorang artis, saya diperintahkan mahkamah supaya membayar d3nda. Jika tidak saya akan dipenjara. Sejak itu peratus kecaman semakin berkurangan.

“Dulu sebaik bangun pagi, saya lihat 50 orang m3ki hamun di laman sosial. Takkan saya nak diam dan m3kilah semula. Namun, sekarang sudah berkurangan dengan kuasa Allah. Sekarang nak ada tiga orang yang maki pun susah.

“Sebelum ini ada yang kata saya tak ada ‘job’, padan muka! Mereka boleh hina saya macam-macam, tapi dengan kuasa Allah lihatlah sekarang rezeki saya,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Azwan mengakui dia kini lebih berhati-hati apabila menyentuh berkenaan kec4mannya terhadap seseorang individu terutama membabitkan rupa fizikal kerana ia merupakan perbuatan jen4yah.

“Saya tak pernah nak sentuh soal ‘body shaming’ kecuali individu itu kerana dia yang pij4k saya dulu. Tapi melihatkan perkembangan terbaru, ‘body shaming’ adalah satu jen4yah membuatkan saya jadi semakin berhati-hati.

Aktif menjalankan perniagaan Minyak Angin Diva AA, Azwan kini menukar panggilan Melayu Mulia Syurga kepada pengikutnya. Malah katanya dia kini menjaga akaun Instagram untuk mempromosikan produknya sahaja.

“Ya, saya lebih suka bercakap mengenai perniagaan. Terdapat jutaan Melayu Mulia Syurga yang sokong perniagaan saya. Kalau tengok Instagram saya pun sudah tiada isv politik sebab saya memang jaga Instagram untuk produk saya saja.

“Namun, itu tidak akan menjejaskan reputasi saya untuk kekal sebagai Diva AA untuk s3mbur sesiapa saja bagi membetulkan keadaan,” katanya.

Sumber : rotikaya

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Media Kita

Be the first to comment on "“Dulu Hari-Hari 0rang Kec4m, Dengan Ku4sa Allah Sekarang Dah Kurang” Azwan Ali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*