Isteri Selamat Melahirkan Bayi Lelaki, Ibrahim Jibriel Pilihan Nama Anak Fad Bocey

 

Pelawak Fad Bocey menimang cahaya mata keempat selepas isterinya, Syaheera Rahman selamat bersalin bayi lelaki awal pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan Fad, 29, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram (IG).

“Assalammualaikum, salam subuh semua..Syukur Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, tarikh hari ini 20/10/2020 jam 4:41pagi, isteri saya selamat melahirkan baby boy,” tulisnya.

Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Fadzlie Mohd Nizam tersebut bersama isteri kesayangannya memilih nama yang cukup indah, Ibrahim Jibriel untuk anak lelaki mereka itu.

“Selamat datang baby mummy dan daddy, Ibrahim Jibriel Bin Mohamad Fadzlie. 

“Terima kasih semua yang mendoakan kami. Terima kasih banyak my love

@syaheeraarahman, I love you so much,” tulisnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalammualaikum,salam subuh semua..syukur Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi,tarikh hari ini 20/10/2020 jam 4:41pagi,isteri saya selamat melahirkan baby boy..welcome baby mmy and ddy,IBRAHIM JIBRIEL BIN MOHAMAD FADZLIE..tq semua yg mendoakan kami🙏🏻🤲🏻tq so much my love @syaheeraarahman ,I LOVE U SO MUCH❤️🖤❤️🖤

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

Di ruangan komen, rakan artis dan pengikut mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata barunya itu.

@nanamahazan: Tahniah korang!!

@bob_alip: Alhamdulilah tahniah Fad.

@izzudin_idin: Tahniah Fad dan isteri.

@Edennpotter: Alhamdulillah. Semoga jadi anak yang soleh,” antara komen-komen yang ditinggalkan.

Fad dan Syaheera mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang puteri, Nur Aminah Mishal.

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Be the first to comment on "Isteri Selamat Melahirkan Bayi Lelaki, Ibrahim Jibriel Pilihan Nama Anak Fad Bocey"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*