Baru je kali pertama jalani latihan bersama, Safawi terkejut rakan jadi ‘musuh’

 

Situasi terbabit dilalui tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid apabila melihat semua pemain bertukar karakter sebaik melangkah ke venue latihan ketika kali pertama menjalani latihan bersama Portimonense SC.

Mengakui situasi berkenaan agak berlainan ketika menjalani latihan bersama Johor Darul Ta’zim(JDT) Safawi berkata, dia perlu menyesuaikan diri dengan cepat corak latihan agak berbeza bersama kelab terkininya itu terutama memahami setiap arahan diberikan barisan kejurulatihan.

Anak kelahiran Dungun, Terengganu itu berkata, saingan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama cukup sengit dengan hanya pemain yang layak dan memenuhi kriteria ditetapkan akan disenaraikan jurulatih.

Safawi berkata, ketika ini, tumpuannya hanya perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran latihan dan fokus utama untuk memenangi hati jurulatih supaya disenaraikan dalam pasukan utama.

”Sebelum latihan, kami boleh bergurau dan gelak bersama namun sebaik melangkah ke padang boleh diibaratkan tidak mengenali antara satu sama lain.

”Apa yang boleh saya katakan, tiada istilah budak emas atau istimewa kerana semuanya sama saja dengan matlamat untuk dipilih mengisi kesebelasan utama.

”Jika kita lemah atau gagal menunjukkan prestasi diinginkan, jangan mimpi untuk bermain bersama skuad utama,”katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Safawi berkata, perlawanan persahabatan menentang skuad bawah 23 tahun Sporting CP adalah pengalaman berharga walaupun beraksi dibawah prestasi sebenar.

”Mereka bermain cukup laju dengan fizikal yang agak besar namun itu adalah pengalaman bagus untuk saya memahami corak permainan pemain Eropah.

”Walaupun mengalami sedikit kece-deraan, situasi terbabit tidaklah membimbangkan kerana akan pulih dalam tempoh terdekat ini,” katanya yang mengakui rakan sepasukan banyak membantu sebaik tiba ke kelab terbabit.

Untuk rekod, Safawi muncul pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas penyerang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium, Ogos lalu.

Safawi, 23, berhijrah secara pinjaman selama semusim dengan kelab utama Portugal itu dan akan kemungkinan ditawarkan kontrak sambungan jika prestasinya berjaya memikat barisan jurulatih.

Safawi terkejut rakan jadi ‘mu-suh’

JURULATIH berpengalaman, Wan Jamak Wan Hassan percaya pemain kebangsaan, Safawi Rasid mampu untuk tampil cemerlang bersama Portimonense SC selepas melihat aksinya dalam penampilan pertama bersama skuad Bawah 23 (B-23) kelab Portugal itu.

Menurutnya, beliau melihat Safawi mampu menyesuaikan diri dengan cepat bersama pasukan tersebut dan diberikan kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama skuad B-23 itu.

“Ini permulaan baharu kepada Safawi dan berdasarkan video pendek skuad B-23 itu saya nampak ada perkembangan baik di sana dan saya percaya dia dapat menyesuaikan diri dengan cepat.

“Malah, dalam penampilan pertamanya itu juga saya nampak dia tidak janggal untuk beraksi. Saya tak nampak perbezaan ketara dalam persembahannya yang sememangnya sudah cemerlang ketika ditampilkan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT),” katanya kepada Sinar Ahad, semalam.

Terdahulu, Safawi melakukan penampilan pertamanya bersama skuad B-23 Portimonense SC yang menyaksikan pasukan itu tewas 1-3 kepada Sporting Lisbon dalam aksi Liga Revelacao B-23 di Stadium Dois Irmaos.

Pemain berusia 23 tahun itu diletakkan dalam kesebelasan utama dan diberikan peranan sebagai pemain sayap kanan dalam perlawanan tersebut.

Kelibat Safawi dalam kelab tersebut juga turut mencuri perhatian peminat bola sepak di negara ini yang turut mendoakan agar Safawi diberikan peranan beraksi dalam kesebelasan utama Portimonense SC.

Dalam pada itu, Wan Jamak turut menasihati peminat bola sepak di negara ini supaya bersabar untuk melihat Safawi beraksi sebagai kesebelasan utama pasukan tersebut.

“Setiap pemain baharu yang datang ke kelab, dia perlu menyesuaikan diri terlebih dahulu. Kemudian, pihak kejurulatihan kelab itu akan melihat prestasi dia lebih-lebih lagi dia datang daripada satu tempat yang jauh.

“Tetapi saya tengok perkembangan itu baik dan dalam masa seminggu kat sana dia dah boleh main dengan skuad B-23. Mungkin kita tidak boleh tengok dia cepat sangat bermain dalam skuad utama. Kita bimbang kalau cepat sangat akan memudaratkan dia.

“Biar dia bertapak satu langkah ke satu langkah dan saya yakin dia mampu menyinar di sana,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Baru je kali pertama jalani latihan bersama, Safawi terkejut rakan jadi ‘musuh’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*