Gerakan Terbaru Tun M dan Ku Li Bakal Mengejutkan Semua Ahli Politik

 

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan telah membentuk satu pasukan dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk membentuk kerajaan interim.

Sumber daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memberitahu Sinchew Daily, keadaan semasa mungkin mendorong kepada gandingan MR iaitu Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri interim sementara Tengku Razaleigh menjadi timbalan beliau.

Keadaan interim itu dikatakan boleh berlanjutan sehingga wabak COVID-19 bertambah pulih untuk membolehkan pembubaran Parlimen dan pilihan raya diadakan.

Sumber berkata, gabungan MR tidak mahu bekerjasama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibelenggu skandal dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat mengkh-ianati Dr. Mahathir.

Sumber juga memberitahu bahawa Dr. Mahathir sudah menguasai sejumlah penyokong.

Negara Perlukan Pemimpin Kanan Yang Berpengalaman

Kata sumber lagi, walaupun negara tidak kekurangan pemimpin Melayu yang muda dan berkaliber, tetapi keadaan politik semasa memerlukan pemipin kanan yang berpengalaman.

“Kami perlu melihat Perlembagaan sama ada terdapat peruntukan mengenai kerajaan interim,” katanya.

Sumber juga berkata, Tengku Razaleigh mempunyai pendirian yang jelas iaitu tidak menyokong Muhyiddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, keadaan yang menyebabkan beliau memilih untuk bekerjasama dengan Dr. Mahathir.

Ahli Parlimen Gua Musang itu dilaporkan sudah bertemu dengan pemimpin peringkat pertengahan UMNO untuk mendapat sokongan.

Sumber berpendapat peluang pembentukan kerajaan baharu adalah pada kadar 80 peratus pada masa ini.

Katanya, gandingan MR boleh berjaya kerana pengaruh yang dimiliki Tengku Razaleigh dalam UMNO.

“Wakil rakyat yang tidak menyokong Anwar atau Muhyiddin akan menyokong MR,” kata sumber.

Dalam pada itu, menurut satu laman berita, Tengku Razaleigh sedang berusaha mendapat sokongan Warisan, DAP dan Amanah.

The Malaysian Insight melaporkan, Tengku Razaleigh berusaha mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Dr. Mahathir.

Tengku Razaleigh dilaporkan marah dengan Muhyiddin yang membuat banyak keputusan tanpa mengadakan perbincangan dengan UMNO.

Walaupun Tengku Razaleigh merupakan wakil rakyat UMNO, tetapi DAP boleh menerima kepimpinan beliau yang merupakan pemimpin yang dihormati di peringkat akar umbi.

‘Jangan heret negara ke kancah politik tidak menentu’

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah, hari ini menitahkan semua Ahli Parlimen, supaya tidak mengheret negara ke kancah politik tidak menentu dalam suasana wabak COVID-19 menyulitkan hidup rakyat ketika ini.

Titah baginda, ahli politik negara ini perlu menyelesaikan permasalahan di antara mereka, menerusi perundingan dan proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Baginda bertitah, ahli-ahli politik tidak seharusnya mengakhiri perbezaan pendapat di antara mereka dengan permusuhan.

Dalam titah kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Al-Sultan Abdullah mengulangi titah nasihat baginda ketika Istiadat Perasmian Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada bulan Mei lalu.

“Berhubung perkembangan terkini situasi politik negara, Seri Paduka menasihati rakyat, khususnya ahli-ahli politik, untuk bersama bermuhasabah agar negara ini tidak sekali lagi diheret ke kancah politik yang tidak menentu ketika kita semua masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat ancaman wabak COVID-19.

“Al-Sultan Abdullah mengulangi titah nasihat baginda kepada Ahli Parlimen, ketika Istiadat Perasmian Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada bulan Mei lalu, untuk mempamerkan kematangan dalam berpolitik dan memahami serta menjiwai keluh kesah rakyat dan tidak mengabaikan kesejahteraan rakyat.

“Seri Paduka Baginda menegaskan ahli-ahli politik seharusnya tidak mengakhiri perbezaan pendapat dengan permusuhan tetapi sebaliknya menyelesaikan permasalahan melalui perundingan dan proses-proses perundangan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

MalaysiaGazette

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: ndingsangat.pw/

Be the first to comment on "Gerakan Terbaru Tun M dan Ku Li Bakal Mengejutkan Semua Ahli Politik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*