Shuib Sepahtu Akhirnya Mengaku

Pelawak dan penyampai radio, Shuib akhirnya membuka mulut berkenaan berpuluh kereta mewah yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tempoh hari.

Mengakui salah satu kereta yang tular itu miliknya, jelas Shuib menjadi kewajipannya untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Ya memang kereta yang tular tempoh hari milik saya. Alhamdulillah kereta itu sudah dikembalikan.

“Saya tahu pelbagai fitnah yang bertebaran di laman sosial buat masa ini, namun perlu saya hormati pihak berkuasa yang masih menjalankan siasatan. Tiada komen lain yang ingin saya kongsi selain mahu memberi fokus buat kerjaya dan perniagaan saya kini,” katanya kepada Utusan Online.

Turut berkongsi gambar kereta tersebut di laman sosial miliknya semalam. Kata Shuib, apa yang mahu dijelaskan dalam muat naik tersebut adalah rasa bersyukurnya.

“Bukan mahu riak, tetapi jelas menunjukkan betapa saya dan isteri sangat bersyukur dapat melalui dugaan ini bersama.

“Banyak yang saya belajar sebenarnya, bagaimana satu gambar juga mampu menimbulkan pelbagai spekulasi,” katanya lagi.

Pasangan ini menjadi perhatian bersama beberapa selebriti lain apabila dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berkaitan kes pengubahan wang haram.

Sumber : Utusan Online

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/

Be the first to comment on "Shuib Sepahtu Akhirnya Mengaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*