Isteri Addy Kanna Buka Mulut Bila Bukan Suaminya Yang Lari – Scam Lompat Pagar

 

MALAYSIA: Dalam beberapa hari ini ramai wargamaya persoalkan bagaimana seorang Datuk Seri dapat melrikan diri dari thanan SPRM.

Ramai wargamaya mengatakan bahawa lelaki tersebut ialah Addy Kanna yang dikatakan oleh wargamaya sebagai sspek utama dalam kes ini.

Namun begitu, Datin Alyaa Syuhaila yang dikatakan Isteri kepada Addy Kanna mndkwa bahawa bukan suaminya yang trl1bat laari daripada thnan.

Berikut adalah tngkap layar dimuat naik oleh wargamaya.

Semenjak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam sindiket Macau Scam dan perjudian online, ramai yang menerjah akaun media sosial individu berkenaan dan salah satunya ialah akaun Instagram Alyaa Syuhaila.

Baru-baru ini, akaun tersebut memuat naik beberapa kenyataan yang menafikan dakwaan tersebut menegur tindakan netizen yang melemparkan kata-kata kesat di ruangan komen termasuk menghantar mesej (DM) kepadanya.

“Allahu, kalau saya menipu, buat Macau Scam, dah lama saya lari dan deactivate account ni. Untuk apa saya masih dekat laman sosial ini? Untuk dimaki hamun?

“Sebab kami tak buat Macau Scam tipu duit orang-orang tua atau siapa yang kena Macau Scam ni. Kalau dah ada bukti dan kami buat scam, saya rela dimaki hamun.

“Saya doakan netizen yang maki hamun saya, semoga Allah sentiasa merahmati anda semua. Amin..” tulis Alyaa di Instastorynya.

Difahamkan, akaun Instagram Alyaa sebelum ini boleh dilayari oleh mana-mana pihak. Tetapi akaunnya itu kini hanya dibuka kepada followers sahaja.

Alyaa melalui kenyataannya di Instastory turut menjelaskan dia dan suaminya telah difitnah di mana ada pihak yang memetik nama suaminya itu.

“Macau Scam je, kami dituduh. Orang buat panggilan palsu, siap boleh borak-borak petik nama Eddy Kana. Kami dituduh. B4nduan lari pun kami dituduh. Lepas ni fitnah apa lagi?”

Dalam masa yang sama, Alyaa turut menyelar tindakan segelintir individu yang mengambil kesempatan untuk membuat akaun baharu menggunakan nama dan gambarnya bagi meraih followers.

“Ramai sangat buat fake account, semua ambil kesempatan cari followers atas kesengsaraan orang lain. Up semua gambar family saya untuk dimaki hamun.

“Kes masih dalam siasatan, jangan terus menghukum tanpa bukti. Sekarang banyak media buat spekulasi. Jangan menuduh tanpa bukti. Kes pun masih dalam siasatan.

“Saya dengan suami tak terlibat dengan Macau Scammer. Kalau tak percaya, itu terpulang. Apa-apa (perkembangan) sayaupdate di account ini sahaja. Yang lain itu fake. Facebook saya tutup buat sementara waktu untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan,” tulisnya.

Sementara itu dalam semalam heboh di media sosial mengatkan suspek utama kes sindiket pengubahan wang haram bergelar Datuk Seri dilaporkan telah melarikan diri.

Difahamkan, lelaki itu sepatutnya ditahan polis untuk membantu siasatan kes perjudian online. Tetapi suspek bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM dan terus melarikan diri.

“Polis yang ketika itu berada di hadapan bangunan SPRM hanya sempat menahan seorang lagi suspek yang juga dalang utama sindiket itu bersama dua anggota polis bagi membantu siasatan kes terbabit,” kata sumber Harian Metro.

Polis kini sedang giat mengesan suspek terbabit.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik ab Hamid berkata, pihaknya telah menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak perintah reman terhadap mereka semalam yang ditahan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan perjudian online.

“Kita akan tahan mereka semula bagi membantu siasatan berkaitan perjudian di daerah Cheras yang berkaitan dengan tiga individu ini.

“Permohonan reman baharu akan dipohon supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya.

Sumber: Instagram Alyaa Syuhaila dan awaysyeikh

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: https://mediabawang.net/

Be the first to comment on "Isteri Addy Kanna Buka Mulut Bila Bukan Suaminya Yang Lari – Scam Lompat Pagar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*