‘Giler’ kerja kini jadi penyakitt… Syamsul Yusof buka mulut hal rumah tangga, perjelas punca sebenar

 

SETELAH agak lama isu membabitkan rumah tangga Syamsul Yusof menjadi perbualan ramai, pengarah dan pelakon itu akhirnya tampil menjelaskan mengenai status sebenar.

Mengakui bahtera yang dibina berhadapan masalah, Syamsul, 36, bagaimanapun berkata dia dan Puteri Sarah Liyana kini dalam proses memperbaiki hubungan dengan mendapatkan nasihat daripada pihak yang sepatutnya.

Malah jelas pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof ini, kehadiran Puteri Sarah di pejabat agama pada 18 September lalu tidak melibatkan isu pencer4ian.

“Semua orang pun tahu dia pergi ke pejabat agama tapi bukan sebab kami nak bercer4i. Cuma tiada jalan lain, kami perlu mengambil nasihat daripada kaunseling.

Syamsul mahu utamakan anak-anaknya.

“Kami masih dalam proses memperbaiki hubungan. Saya tidak boleh cakap lebih soal rumah tangga tapi apa yang boleh saya cakap… dia seorang isteri yang baik.

“Yang penting sekarang ini anak-anak. Mungkin sebab saya terlalu obses dengan kerja saya. Jadi seperti penyaki1t… saya jadi g1ila dengan kerja saya.

“Sepatutnya apabila kerja dah siap, relaks la. Nak kata duit… Alhamdulillah, rezeki ada. Tapi kenapa saya selalu nak bekerja,” kata Syamsul kepada mStar.

Pada 29 September lalu, Syamsul meluahkan rasa ber4ng apabila kisah rumah tangganya dijadikan modal sensasi berbaur f1itnah sebuah saluran YouTube.

 

Insya-Allah apa yang berlaku ini tidak akan menjejaskan saya dan Sarah dalam urusan nak perbaiki hubungan kami.

SYAMSUL YUSOF

PENGARAH & PELAKON

Dalam pada itu pengarah dan pelakon filem Munafi4k ini mengakui berasa tertekan apabila berdepan dengan dugaan tersebut ketika dia sedang sibuk menyiapkan projek filem dan lagunya.

Bagaimanapun dia percaya dan yakin apa yang berlaku tidak akan menjejaskan urusan dalam memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah.

“Saya tertekan sebab sibuk dengan projek filem dan lagu dan dalam masa sama nak perbaiki hubungan kami lagi. Jadi, saya perlukan ketenangan

Syamsul membuat lap0ran polis terhadap individu yang menghantar mesej berbaur ugvtan kepada dirinya dan keluarga.

“Tapi pada masa yang sama timbul isu YouTuber buat f1itnah… ada yang hantar mesej ugvtan la. Sekarang ini mood saya tengah sak1it hati… nak selesaikan masalah kena tenang.

“Tapi InsyaAllah apa yang berlaku ini tidak akan menjejaskan saya dan Sarah dalam urusan nak perbaiki hubungan kami.

“Sarah seorang yang sangat memahami dan apa yang terjadi, dia sentiasa beri sokongan,” ujarnya.

Syamsul berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah yang kini berusia setahun.

 

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

 

Be the first to comment on "‘Giler’ kerja kini jadi penyakitt… Syamsul Yusof buka mulut hal rumah tangga, perjelas punca sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*