Najib beri senarai mengapa Umno harus tinggalkan Muhyiddin.Rupanya Tun M sudah jangka

 

ULASAN l Ada yang sokong dan ada yang kritik kenyataan Umno semalam untuk pertimbangkan sokongan pada kerajaan PN dan meletakkan syarat.

Keputusan ini adalah keputusan sebulat suara Biro Politik Umno dan disokong oleh semua ketua perhubungan setiap negeri.

Sememangnya pemimpin-pemimpin Umno tidak akan membuat keputusan yang tidak mengambil kira suara akar umbi.

Jika akar umbi tak mahu, pemimpin Umno tidak akan membuat keputusan.

Walaupun saya bukan lagi ahli biro politik Umno atau ketua perhubungan mana-mana negeri, saya ingin memberi pendapat saya.

Semasa perdana menteri ketujuh, Dr Mahathir Mohamad letak jawatan secara mengejut, pendirian Umno masa itu ialah untuk pilihan raya umum diadakan untuk menyelesaikan kemelut politik masa itu.

Namun, Majlis Raja-raja tidak bersetuju dan kita diminta untuk memberi sokongan untuk mewujudkan kerajaan PN.

Di sebalik kegembiraan bahawa kerajaan Pakatan harapan (PH) sudah tumbamg, ramai penyokong dan akar umbi Umno masa itu juga membantah kita bekerjasama dengan Bersatu sebab Bersatu telah banyak mengambil ahli parlimen serta ahli parti dan kita baru bertembung di PRK Tanjung Piai.

Selama berbulan-bulan selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk, ramai yang juga mahu kita tolak PN dan kukuhkan Muafakat Nasional.

Ramai yang juga percaya bahawa jika kita tidak membentuk kerajaan PN bersama, Bersatu serta geng yang lompat keluar PKR untuk masuk Bersatu juga akan terkubur pada PRU15.

Namun apa yang berlaku di Sabah (termasuk mengambil kerusi Umno dan PN letak calon bebas untuk pecahkan undi BN), kenyataan-kenyataan dari ketua Armada Bersatu serta perkongsian kuasa yang di lihat berat sebelah telah terus membakar ketidakpuasan dan kemarahan ramai ahli-ahli Umno.

Sebagai contoh, perdana menteri adalah dari Bersatu dan pengganti pengganti iaitu Azmin juga dari Bersatu sekarang.

Dalam hal ekonomi, menteri kewangan bukan dari BN mahupun PAS.

Menteri yang jaga ekonomi dan yang jaga perdagangan luar juga bukan dari BN ataupun PAS.

Begitu juga dengan Khazanah dan Petronas.

Malah,, tiada seorang pun dari Umno atau PAS dilantik dalam Majlis Tindakan Ekonomi untuk melawan Covid-19.

Sebaliknya, individu seperti boss The Edge dilantik ke dalam pula. bersama tiga orang menteri Bersatu. Umno kini digelar gila kuasa pulak?

Sebab kita bersama dalam kerajaan PN, suka atau tidak, Umno dan BN juga akan turut dipersalahkan jika adanya keputusan ekonomi yang meragukan ataupun ekonomi bertambah teruk walaupun tiada seorang dari BN atau PAS terlibat dalam sebarang keputusan yang melibatkan ekonomi.

Contohnya seperti gesaan berulang-kali Umno untuk moratorium pinjaman dilanjutkan atau diberi kepada Sabah tidak didengar oleh kerajaan PN serta penggabungan UEM Sunrise dengan Eco World yang diteruskan dan bakal menyebabkan kerajaan hilang syarikat hartanah terbesar negara dengn pemilikan tanah terbesar walaupun Umno sudah bantah langkah ini sejak tahun lalu.

Dari segi pengawalan Covid-19 pula, Majlis Keselamatan Negara menolak cadangan menteri kesihatan dari Umno untuk melaksanakan kuarantin wajib untuk mereka yang pulang dari Sabah sebelum PRN.

Keputusan MKN untuk mula-mula tidak mewajibkan kuarantin mandatori di pusat kuarantin kerajaan bagi mereka yang pulang dari luar negera serta kegagalan Menteri PPBM untuk mengasingkan tahanan serta SOP yang sepatutnya turut menyebabkan kluster Sivagangga di Kedah dan penularan amat teruk di Sabah serta beberapa lagi pusat tahanan di Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Jika kesilapan-kesilapan ini tidak berlaku, tidak wujudnya gelombang ketiga Covid ini di Malaysia.

Dan kini, Umno turut dipersalahkan bagi gelombang ketiga Covid pada masa kini.

Sejak kerajaan PN dibentuk, pemimpin BN mempertahankanya (termasuk saya yang juga sering memberi pelbagai saranan yang seterusnya diambil kerajaan) biarpun ramai keputusan atau kesilapan adalah dilakukan oleh menteri Bersatu sebab itu adalah janji kami semasa membentuk kerajaan PN.

Namun ramai yang rasa ini tidak adil sebab yang buat silap mereka tapi yang mempertahankan mereka adalah ktia pula.

Keputusan Umno semalam adalah untuk mempertimbangkan semula sokongan pada PN, memberi syarat baru kerjasama serta mendaftarkan Muafakat Nasional secara rasmi sebagai parti politik.

Keputusan mesyuarat Umno semalam tidak menyentuh tentang sokongan kepada Anwar jadi PM ataupun bekerjasama dengan DAP (namun Guan Eng tentu happy jika dia berpeluang kerjamasama dengan saya).

Memandangkan sentimen akar umbi serta lapisan pemimpin Umno, saya rasa keputusan semalam adalah munasabah dan tidak keterlaluan sebab ianya mampu membuka ruang lebih besar dan lebih adil untuk kami menyumbang kepada usaha pemulihan ekonomi dan membendung Covid-19.

Dan jika PN boleh didaftarkan sebagai parti politik, kenapa pula Muafakat Nasional tidak boleh?

Ini selaras dengan jawapan saya bulan lepas bahawa saya dalah “orang parti” dan akan menyokong penuh keputusan rasmi parti biarpun ada kala saya tak setuju secara peribadai tetapi saya akan bincang melalui saluran dalaman dan tidak akan mengkritik secara terbuka.

“Najib to support party’s decision on Anwar”

https://www.msn.com/…/najib-to-support…/vp-BB19pw3I

Pendirian saya tiada kena-mengena dengan kes-kes mahkamah saya seperti dimainkan propaganda-propaganda PH dan Dr Mahathir sebab saya tetap percaya saya tidak bersalah.

Apa yang saya buat selama ini ialah demi rakyat serta parti dan saya boleh jawab pada Allah.

Saya yakin dan past saya dapat membersihkan nama saya dan didapati tidak bersalah termasuk di mahkamah rayuan jika sistem perundangan adalah adil dan bebas dari pencaturan Dr Mahathir dan kerajaan PH dahulu untuk memangsakan saya.

Berhubung dengan itu juga, saya tidak mahu menerima apa-apa jawatan menteri biarpun dalam kerajaan PN ataupun apa-apa kerajaan baru selama kes-kes saya belum selesai dan nama saya belum dibersihkan.

Bagaimanapun, nasihat saya pada Umno dan kerajaan PN secara am ialah pemulihan ekonomi, pengawalan Covid-19 serta kebajikan rakyat adalah keutamaan dan apa-apa langkah politik yang dilakukan tidak boleh dibenarkan untuk menjejaskannya.

Menteri-menteri dari Umno dan BN dalam kerajaan PN sekarang perlu sentiasa menumpukan fokus sepenuhnya kepada keutamaan ini pada ketika ini.

sumber: FB NAJIB RAZAK

Jika dilihat dengan situasi semasa yang di hadapi oleh Muhyddin kini, rupanya Tun M sebelum ini telah memberi beberapa peringatan penting dan menjakakan perkara seperti ini akan terjadi dalam kerajaan pimpinan Muhyddin Yassin

Dr M: Muhyiddin pilih Najib, tak pilih saya

Dr Mahathir Mohamad berkata Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri kerana beliau memilih untuk bekerjasama dengan Najib Razak, berbanding dirinya.

“Bila saya tak setuju dengan dia pasal kerjasama dengan Najib, dia (Muhyiddin) pilih Najib dan tak pilih saya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah.

Dr Mahathir dalam ucapannya turut menyentuh mengenai bagaimana kerajaan kleptokrat pimpinan Najib dikalahkan rakyat pada PRU14.

Bagaimanapun, katanya selepas tewas PRU14, Najib memainkan isu-isu perkauman, mendakwa dirinya membela orang Melayu yang ditindas orang Cina, khususnya DAP.

Menurut Mahathir, pada mulanya pimpinan PAS didekati tetapi masih tidak mencukupi kerana pihak berkenaan memerlukan pimpinan Bersatu.

Dr Mahathir juga mengulang dakwaan kerajaan PH runtuh kerana pada saat genting kemelut politik tempoh hari, PH menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri manakala Muhyiddin pula sanggup bekerja sama dengan Najib dan pemimpin Umno lain yang sedang berhadapan tuduhan rasuah di mahkamah.

“Tiba-tiba PH namakan Anwar, saya kalah. Dia pun kalah. Dua-dua tiada majoriti

“Saya dikalahkan disebabkan PH tidak sokong saya. Saya pun terima lah.

“Setelah PH tolak saya dan namakan Anwar sebagai PM, tapi mereka ada sokong balik saya tapi terlewat lah.

“Kerana tindakan PH tolak saya dan saya juga tak sanggup kerjasama dengan Najib dan geng-geng dia, maka hari ini yang menjadi perdana menteri ialah Muhyiddin Yassin,” jelasnya lagi.

Menurut Mahathir, Muhyiddin tidak sabar menunggu dan pemimpin itu mahu beliau menolak PH.

“(Kata Muhyiddin kepada saya) masanya adalah sekarang, kita keluar PH dan membentuk kerajaan Melayu.

“Malah kerja sama dengan PAS, saya fikir okay lah, tapi kerja dengan Umno? Kita baru kalahkan mereka dan kerajaan kleptokrat mereka. Kerja sama dengan Najib, musuh, saya tak sanggup.

“Tapi Muhyiddin sanggup kerja sama dengan Najib, Zahid Hamidi, Tengku Adnan Tengku Mansor, Azeez Abdul Rahim, Rosmah (Mansor). Macam mana saya nak kerja dengan mereka, ramai di antara mereka sedang dalam perbicaraan kes rasuah?” Soalnya.

Dr Mahathir juga mengenang peribahasa “bersatu teguh, bercerai roboh” yang ingin digunakan di dalam lagu parti ketika mahu menubuhkan Bersatu dahulu.

“Tapi yang berce-rai ialah Muhyiddin.

“Pasal pilih Najib dia boleh jadi PM. Saya dah jadi PM dua kali tak pa lah tak payah pun bukan saya nak yang tu sangat.

“Tapi bila kawan tikam belakang rasa pedih juga, teruk lah,” katanya.

Tegas Mahathir, “dalam politik apabila orang mengkhianati janjinya kesannya tentu buruk.”

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata politik tidak begitu penting berbanding dua cabaran utama yang dihadapi Malaysia sekarang, ekonomi merudum dan penularan wabak Covid-19.

“Negara kita hadapi dua cabaran besar. Ekonomi merosot dan koronavirus. Jangan ambil rendah berkenaan dengan penyakit ini, boleh ambil maut.

“Ini bukan masanya kita nak cari tempat dalam politik. Pasal kita nak hadapi dua cabaran (ekonomi merosot dan koron-avirus) ini memerlukan kita tenang diri,” jelasnya beliau lagi.

Muhyiddin akan jatuh kerana enam orang: Tun M

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin akan jatuh sekiranya enam ahli Parlimen UMNO yang sedang menjalani perbicaraan didapati bersalah oleh mahkamah.

Menerusi catatan di Facebooknya, Dr Mahathir berkata, keenam-enam ahli Parlimen itu ialah Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan).

Beliau berkata, kedudukan kesemua pemimpin terlibat itu kini diibaratkan telur di hujung tanduk apabila mereka bakal kehilangan jawatan sebagai wakil rakyat sekali gus akan mempengaruhi sokongan terhadap Muhyiddin.

“Sekarang jumlah wakil rakyat yang menyokong Muhyiddin hanya 114, iaitu tiga sahaja lebih daripada separuh (111 wakil rakyat).

“Jika enam orang ini didapati bersalah oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat. Dengan itu penyokong Muhyiddin tinggal 108 iaitu kurang daripada separuh. Maka kerajaan Muhyiddin pun akan jatuh,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir bagaimanapun memberi bayangan bahawa enam pemimpin terbabit tidak akan didapati bersalah dengan mendakwa keputusan itu akan ditentukan oleh Muhyiddin.

“Kita sudah lihat bagaimana Riza Aziz dilepas dan (Tan Sri) Musa Aman juga sudah dilepas.

“Sudah tentu enam orang ini juga akan didapati tidak bersalah. Maka selamatlah Muhyiddin. Dunia akan ketawa melihat kerajaan pintu belakang ini putar undang-undang.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Najib beri senarai mengapa Umno harus tinggalkan Muhyiddin.Rupanya Tun M sudah jangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*