“Jangan Jadi Ketam Ajar Anak Berjalan” – Bront Palarae dan Amerul Affendi beri sind1ran pedas..

 

Tampil memuat naik sebuah tweet mengulas mengenai situasi semasa yang berlaku dalam negara yang berdepan dengan pandemik C0V1DD-19, nama pelakon popular Bront Palarae jadi perhatian netizen.

 

Menurut Bront, ahli politik tidak sepatutnya menjadi individu yang diibaratkan seperti ketam mengajar anaknya berjalan.

 

“Pak-pak menteri dan ahli-ahli politik sekalian, mohon jangan jadi ketam ajar anak berjalan. Kalau anda tak mampu menggalas amanah, jangan bebankan rakyat dengan sifat tidak bertanggungjawab anda.”

 

Tweet tersebut bagaimanapun tular dan khabarnya sehingga kini telah mendapat ulang kicau sebanyak lebih 44,000 kali dan 33,000 tanda setuju.

Namun begitu, selain Bront, pelakon berbakat besar Amerul Affendi dilihat tidak ketinggalan meluahkan kekesalannya terhadap situasi semasa negara.

“Kerana pak menteri/yb habis negara dibadai virus lagi. Kluster yang satu-satunya bang**g sekali.. yang tak faham bahasa dan tak ikut segala arahan. Material material material itulah yang hari-hari dilaungkan.. soal akhlak dan jati diri langsung tak dipeduli.”

 

Semalam, seakan mengejutkan ramai pihak anegara mencatat pertambahan 260 kes baharu positif C0V1D-19. Bilangan itu juga difahamkan merupakan jumlah kes baharu kedua tertinggi sejak Februari.

Hal itu mencetuskan kegusaran ramai pihak, malah wujud juga segelintir pihak yang mengaitkan peningkatan kes aktif itu dengan atmosfera politik yang berlaku sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah tempoh hari.

 

Sumber: Beautifulnara

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

 

Be the first to comment on "“Jangan Jadi Ketam Ajar Anak Berjalan” – Bront Palarae dan Amerul Affendi beri sind1ran pedas.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*