Beransur pulih, Agong berangkat pulang ke Istana Negara

SYUKUR, selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 21 September lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat pulang ke Istana Negara pada Jumaat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, keberangkatan pulang Seri Paduka pada 12.40 tengah hari, diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Alhamdulillah, Seri Paduka Baginda telah beransur pulih. Atas nasihat pakar perubatan IJN, Seri Paduka Baginda akan berehat di Istana Negara, ” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut Ahmad Fadil, Al-Sultan Abdullah turut berangkat menunaikan solat Jumaat sejurus tiba di Istana Negara.

Yang di-Pertuan Agong dimasukkan ke IJN pada 21 Sept untuk menjalani rawatan keracunan makanan dan rawatan intervensi susulan pengimejan MRI pada 22 Sept, menunjukkan kecederaan dialami oleh Al-Sultan Abdullah, yang dimaklumi aktif bersukan. – Bernama

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Beransur pulih, Agong berangkat pulang ke Istana Negara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*