“Kau tak kuarantin lepas tu acah caring dkt rakyat” – Hadiri Majlis Bersama PM, Netizen ‘Sound’ Annuar Musa di Twitter

 

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dilaporkan perlu menjalani kuarantin di Kota Kinabalu, Sabah selepas menjadi kontak rapat Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd Razlan Rafii yang disahkan positif C0vid-19.

Menurut Harian Metro, Setiausaha Agung BN itu menerima perintah pengawasan dan pemerhatian bagi kontak jangkitan C0vid-19 dari Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu, pada 24 September lepas.

Belum habis kuarantin dah keluar?

Bagaimanapun, melalui Twitter beliau telah memuat naik beberapa gambar ketika menghadiri majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2020. Turut kelihatan hadir, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Belum tamat tempoh kuarantin seperti yang diketahui ramai selama 14 hari, beliau terang-terangan menunjukkan telah melanggar perintah kuarantin tersebut. Hal itu telah menaikkan kemarahan netizen dan membuatkan ramai melepaskan geram di Twitter beliau.

“Belom abis kuarantin kau dah keluar!”

Ramai netizen dilihat mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Annuar Musa dan juga pada TS Muhyiddin kerana mereka dilihat seolah-olah mengambil ringan tentang isu kuarantin serta wabak C0vid-19 di negara kita ini.

Kebanyakannya marah dengan Annuar yang tidak menghabiskan tempoh kuarantin yang perlu beliau jalani selepas mempunyai kontak rapat dengan pesakit C0vid-19.

Isu double standard antara menteri dan rakyat ini masih hangat diperkatakan di media sosial apatah lagi kebanyakan daripada mereka ‘lepas’ daripada hukuman yang dikenakan kepada rakyat yang membabitkan C0vid-19.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: LOBAK MERAH

Be the first to comment on "“Kau tak kuarantin lepas tu acah caring dkt rakyat” – Hadiri Majlis Bersama PM, Netizen ‘Sound’ Annuar Musa di Twitter"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*