Tak beli kereta, pemuda sanggup habis 25k ubah suai rumah demi ibu tercinta

 

Setiap anak-anak yang sudah bekerjaya sudah tentu mahu membahagiakan hati keluarga terutamanya ibu bapa. Walaupun tidaklah dengan kemewahan, namun perkara tersebut sudah tentu amat menggembirakan insan yang telah membesarkan kita.

Oleh itu, satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai MohdAsriDugun telah memuat naik gambar rumah keluarganya sebelum dan selepas diubah suai.

Menurut pemuda tersebut, impiannya selama ini tercapai apabila berjaya mengubah suai rumah keluarga demi keselesaan ibunya. Dia langsung tidak kisah mengeluarkan wang simpanan sebanyak RM25,000 untuk keluarga.

Menurut Asri lagi, dia memaklumkan bahawa apa yang dilakukan itu adalah pencapaian terbaiknya pada tahun ini. Dia juga senang hati apabila ibu tersayang sudah boleh mengambil wuduk di dalam biliknya sendiri.

Pada akhir perkongsian tersebut, pemuda itu juga telah menitipkan doa agar tahun ini dia dapat membeli sebuah kereta untuk kegunaan diri sendiri pula selepas salah satu tanggungjawab telah dilaksanakan.

Sehubungan dengan perkongsian yang sangat menginspirasikan daripada pemuda tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang positif kepadanya di Twitter berkenaan.

Mereka telah mengucapkan tahniah di atas kejayaan membahagiakan ibu tersayang dan turut mendoakan kehidupan pemuda itu dipermudahkan kerana mendahulukan keluarga dalam segala hal.

Sumber: MohdAsriDungun

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: rotikaya

Be the first to comment on "Tak beli kereta, pemuda sanggup habis 25k ubah suai rumah demi ibu tercinta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*