Akhirnya dinamakan KM Sabah yg baharu. ini kata2 Hajiji Noor

 

Kebuntuan antara BN dan Perikatan Nasional (PN) Sabah selesai apabila Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Mohd Noor dipilih untuk menjadi ketua menteri baru Sabah.

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menamakan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.
Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu mengesahkan akan mengangkat sumpah pada majlis di Istana Negeri esok pada pukul 10.30 pagi.

Ucapan Hajiji

“Kami akan tunaikan tanggungjawab dan mandat rakyat sebaiknya.
“Saya berterima kasih kepada rakyat Sabah kerana memilih pemimpin daripada GRS,” katanya pada satu sidang media di The Magellan Hotel di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Bung Moktar Radin dan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Datuk Dr Jeffrey Kitingan

Zahid: Sukar bagi BN beri jawatan KM Sabah pada Bersatu

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendiriannya untuk memilih Bung Moktar Radin sebagai ketua menteri Sabah yang baru.

Jelas Zahid, tidak wajar bagi BN menyerahkan jawatan ketua menteri itu kepada Bersatu kerana gabungan itu telah mengorbankan jawatan perdana menteri dan menteri besar Perak.

“Kita telah bagi dua kali – satu di Perak, di mana Bersatu hanya ada empat Adun dan Umno ada 25.

“Tetapi kita setuju Adun Bersatu (Ahmad Faizal Azumu) dilantik sebagai menteri besar Perak.

“Juga bila kita bentuk kerajaan persekutuan dengan Bersatu dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), meskipun parti Muhyiddin Yassin tidak mempunyai bilangan anggota parlimen yang ramai, kita setuju dia diangkat sebagai perdana menteri,” katanya seperti dipetik laporan The Star.

Justeru katanya adalah tidak wajar sekiranya BN juga memberikan jawatan ketua menteri Sabah kepada Bersatu.

“Sekarang untuk kita, jika BN tak dapat jawatan ketua menteri di Sabah, kesan yang besar ditanggung BN pada masa depan.

“Kajian kita menunjukkan kesan itu tidak bagus kepada BN.

“Saya tidak akan setuju jika Bung diganti oleh Adun selain BN untuk menjadi ketua menteri. Tidak,” katanya.

Selepas memenangi pilihan raya negeri (PRN) Sabah dengan 38 kerusi, Gabungan Rakyat Sabah (GPS) berselisih pendapat mengenai calon ketua menteri.

BN mahukan Bung sebagai ketua menteri manakala Bersatu mencalonkan pengerusi partinya di Sabah iaitu Hajiji Noor.

Dalam perkembangan berasingan, The Star turut melaporkan bahawa Bung dan Hajiji telah menyerahkan akuan berkanun (SD) ketika mesyuarat semalam dengan Yang di-Pertua Negeri, Juhar Mahiruddin.

Dipetik sumber, kedua-duanya kini menyerahkan keputusan pemilihan calon ketua menteri kepada Juhar.

Juhar berunding dengan bekas ketua hakim

Zahid mendakwa Juhar juga telah berunding dengan pakar undang-undang seperti Richard Malanjum, yang telah berkempen untuk Warisan berhubung calon ketua menteri.

Zahid yang juga anggota parlimen Bagan Datuk menyatakan Perkara 6(7) Perlembagaan Sabah turut menyatakan bahawa Yang di-Pertua negeri mempunyai hak untuk melantik ketua menteri dengan jumlah wakil rakyat negeri yang paling banyak memihaknya.

“Isu berhubung Perkara 6(7) telah dibawa ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan,” kata Zahid.

Tambahnya, istilah ‘parti yang membentuk majoriti’ tidak semestinya bermaksud lebih 60 peratus daripada kerusi Dun.

“Kami (GRS) telah berikan dua nama iaitu Bung dan Hajiji.

“Ia hak Yang di-Pertua, tetapi saya harap (ketua menteri) adalah Bung Moktar,” katanya lagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Akhirnya dinamakan KM Sabah yg baharu. ini kata2 Hajiji Noor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*