Selepas 7 Tahun Kahwin, Jehan Miskin Bakal Bergelar Bapa

Tahniah diucapkan buat pelakon, Jehan Miskin yang telah mengumumkan mengenai kehamilan pertama isrerinya, Julie Camelia Rhee.

Berita tersebut dikongsikan pelakon terbabit menerusi Instagram, pada Selasa.

Bakal bersalin tahun hadapan, si isteri turut berkongsi foto sama sambil menzahirkan rasa teruja kerana bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

“Just when I thought my life in Malaysia is pretty amazing with my other half, something I have never imagined came into our little world, turned everything upside down and just like that, we’re going to be parents!,” tulisnya.

Serentak dengan perkongsian tersebut, ruangan komen Instagram Jehan dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mei 2013.

Foto: Instagram Jehan Miskin

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: MH

Be the first to comment on "Selepas 7 Tahun Kahwin, Jehan Miskin Bakal Bergelar Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*