Anwar d@kwa kerajaan PN jatuh, Ini Komen Najib yg ditunggu ramai

 

Hari ini Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu membuat pengumuman itu di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur hari ini.

Menjawap soalam wartawan, beliau berkata majoriti yang diperolehi adalah konklusif dan bukannya majoriti tipis.

Hari ni juga, Perutusan Khas Kita Prihatin telah dibuat oleh Perdana Menteri, Yab Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin (23 September 2020)

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Najib Razak telah memuat naik status dan gambar snek super ring seperti membayangkan bakal berlaku drama politik dalam negara

“Time macam ini kena pastikan bekalan stok cukup.” – tulis Najib Razak di Fb milik beliau

Amanah sokong Anwar

Kuala Lumpur: Kepimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) termasuk 11 Ahli Parlimennya menyokong penuh niat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu selepas mendakwa memiliki majoriti kukuh.

 

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, parti berkenaan turut memberi sepenuh kepercayaan terhadap Anwar.

“Kami mengambil maklum pengumuman dibuat Anwar Ibrahim, Pengerusi Pakatan Harapan dan Ahli Parlimen P132 Port Dickson yang hari ini memperoleh sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

“Seperti diputuskan Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini, Parti Amanah mengesahkan bahawa semua 11 orang Ahli Parlimen Parti Amanah Negara menyokong sepenuhnya kepimpinan beliau dan memberi sepenuh kepercayaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Anwar dalam sidang media hari ini mendakwa mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan.

Beliau berkata, sokongan itu terdiri daripada pelbagai parti, namun enggan mendedahkan jumlah sebenar Ahli Parlimen yang terbabit menyatakan sokongan terhadapnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Anwar d@kwa kerajaan PN jatuh, Ini Komen Najib yg ditunggu ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*