Pavithra Tarik Balik Tuduhan, Sugu Dilepas Tanpa Dibebaskan Daripada.

Bekas pekerja ladang M Sugu dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan mencederakan isterinya yang juga Youtuber (penggiat YouTube) masakan S Pavithra.

Keputusan itu dibuat oleh Mahk4mah Sesyen Ipoh, hari ini.

Menerusi laporan Astro Awani, Hakim Norashima Khalid membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pend4kwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi berikutan Pavithra mengangkat sumpah bagi menarik balik pertuduhan dengan rela tanpa paksaan dan ugvtan ketika prosiding.

Terdahulu, peguam Syahrul Nizam Mohd Rabi yang mewakili tertuduh memohon mahk4mah melepas dan membebaskan Sugu kerana saksi utama iaitu peng4du kes itu memaklumkan tidak akan meneruskan kes tersebut.

Bagaimanapun, Liyana Zawani memohon mahk4mah untuk melepas tanpa dibebaskan tertuduh daripada pertuduhan, mengambil kira kemungkinan pihak pend4kwaan mempunyai keperluan atau sebab yang kukuh untuk menuduh semula kes berkenaan.

Sugu, 29, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian bibir, pipi sebelah kiri dan lengan kanan isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit.

Dia did4kwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kenderaan Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, antara 4 hingga 6 petang, 21 Julai lalu.

Sugu turut did4kwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter kira-kira 6 petang pada tempat dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan berkenaan, pihak pembelaan memberitahu akan menghantar surat permohonan representasi kepada pihak pend4kwaan untuk mengkaji semula status kes dan meneliti semula pertuduhan terhadap Sugu.

Mahk4mah menetapkan 22 Oktober depan sebagai sebutan semula kes untuk jawapan representasi.

BACA: Didakwa Cederakan Isteri, Suami YouTuber Masakan Terkenal Direman 3 Hari?

Sumber : Astro Awani

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Pavithra Tarik Balik Tuduhan, Sugu Dilepas Tanpa Dibebaskan Daripada."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*