“Saya Minta Maaf” – Neelofa ‘Tumbang’

Pengacara dan usahawan Noor Neelofa memohon maaf kepada tenaga kerja Nilofa Group kerana tidak dapat hadir ke Seminar Minda Jutawan yang diadakan semalam (16 September).

Menurut Neelofa, 31, dia terpaksa melakukan prosedur endoskopi di saat akhir disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

“Baru selesai dengan prosedur endoskopi. Saya minta maaf kerana tidak dapat berada di sana bersama anda semua.

“Minta maaf semua rakan kongsi, stokis dan ejen Nilofa Group. Keputusan dibuat sehari sebelum atas sebab kesihatan yang tak dapat nak dielakkan,” tulisnya di Instagram Stories.

Dalam pada itu, bekas pengacara MeleTop turut melahirkan rasa syukur kerana semuanya berjalan lancar.

“Terima kasih @kpjdamansara_official, staf, jururawat dan doktor terutamanya Dr Shukri.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik syukur Alhamdulillah,” tulisnya lagi.

Walaubagaimanapun, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor tidak mendedahkan penyakit yang dialami.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sparkle the ones who bring sparkle to you @swarovski #sparkdelight #swarovski #rosixandbella

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "“Saya Minta Maaf” – Neelofa ‘Tumbang’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*