“Tudung Harga Beratus Ribu Kalis Ap1 Nerak4?” – Ini Jawab Pengasas Tudung Tersohor, Haliza Maysuri

Sudah menjadi adat setiap kali muncul tudung mahal, pasti akan ada komen-komen dan krit1kan negat1f netizen terhadap pemiliknya.

Tambah pula apabila ada tudung yang dibeli atau dihasilkan itu mencecah harga puluhan ribu malah kini ratusan ribu ringgit!

Mengulas mengenai senario ‘busvk hati’ netizen terhadap tudung mahal, kata pemilik Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, cerc4an sedemikian sudah menjadi makanannya sejak mula bertapak 22 tahun lalu.

Tudung kalis ap1 nerak4

“Sejujurnya komen negat1f netizen dah jadi makanan saya.

“Untuk pengetahuan semua, tudung-tudung tersebut ditempah khas oleh pembeli, bukan kita pamer dan iklankan siapa nak beli. Bukan!

“Kalau kasut kita letak atas lantai bernilai puluhan ribu, kenapa tidak tudung? Jadi pembeli-pembeli ini lebih daripada mampu.

“Jadi, saya akan buat selagi tidak menipv. Saya akan teruskan apa saya rasa betul. Apa kata netizen dah jadi makanan saya,” katanya.

Tudung mahal nak ‘show off’

Tambah Haliza, penghasilan tudung dengan batuan kristal mahal jenis Swarovski menjadikan nilai item itu mencecah harga tinggi.

Biarpun situasi harga tudung mahal menjadi kec4man netizen, Haliza menegaskan ia bukan strategi atau modul untuk menunjuk-nunjuk.

“Saya cuba nak menunjuk kepada jenama (yang bukan Islam) di luar sana bahawa Islam itu kaya, berdaya saing dan mampu meneraju perniagaan.

“Contohnya Bawal Exclusive sekarang menjadi pemborong terbesar kristal Swarovski di dunia. Tidakkah bangga sebagai orang Malaysia dan Islam.

“Swarovski itu diletakkan pada tudung, untuk menutup aurat. Jadi saya rasa komen negatif itu saya tak ambil peduli pun,” ujarnya.

View this post on Instagram

We are very proud to unveil “Sparkle of Dream”. The Most Expensive Hijab Made with Swarovski Crystals and certified by Malaysia Book of Records. This marks a significant achievement for us as a local homegrown brand, to elevate our branding into next level. It is just the beginning of our milestone. We aim to make Bawal Exclusive sparkle and shine at international level one day. #BElovers

A post shared by Bawal Exclusive Official (@bawalexclusive) on

Lebih baik bersedekah

Haliza juga memperbetulkan persepsi masyarakat yang melabekan pembeli tudung-tudung mahal adalah satu pembaziran dan lebih molek seandainya wang itu digunakan untuk tujuan kebajikan seperti menderma.

“Kalau nak tahu saya kenal pembeli, mereka sangat dermawan. Sebelum mereka menempah tudung berpuluh ribu, mereka ini bersedekah dahulu.

“Ada dalam kalangan mereka menempah tudung sampai berpuluh helai untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim. Itu yang saya nampak, yang saya tak nampak pula?

“Jadi jangan cakap kalau kita tak tahu.

“Jika anda tak mampu menyokong, jadi doakan sebab saya berniaga untuk menaikkan nama Islam dan Malaysia. Bukan untuk diri saya sendiri,” tambahnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Tudung Harga Beratus Ribu Kalis Ap1 Nerak4?” – Ini Jawab Pengasas Tudung Tersohor, Haliza Maysuri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*