Elyana Terima Mikrofon Ribuan Ringgit

Senyuman terukir di bibir dan pergerakan lincah tidak membayangkan penyanyi, Elyana Emrizal, 33, berdepan dengan k4nser Iimfoma tahap empat.

Jarang dilihat penyanyi lagu Kalis Rindu itu berduka mahupun meratap nasib diri hanya kerana penyakitnya itu.

Sikap positif mahu terus bertarvng meIawan peny4kitnya jelas kelihatan ketika menyertai program Gegar Vaganza musim keempat, dua tahun lalu.

Ketika itu, tiada seorang pun tahu pelakon drama komedi remaja berjudul Dunia Baru itu sudah sembilan tahun menderita peny4kit k4nser hingga Elyana mengumumkan berita sed1h pada malam penyingkirannya.

Elyana atau nama sebenarnya, Emeelya Elyana Emrizal berkata, api semangat perjuangannya tidak akan menyala tanpa sokongan orang yang paling dekat di hati iaitu peminat.

“Sejujurnya, saya hampir pat4h semangat untuk kembali menyanyi selepas disahkan mempunyai k4nser. Walaupun tidak mengetahui situasi saya pada waktu itu, peminat tetap memberi sokongan dan menggalakkan saya untuk terus aktif dalam bidang seni.

“Semangat diberikan itulah yang mendorong saya memberanikan diri untuk menyertai program Gegar Vaganza. Lebih membuatkan saya terharu peminat menghadiahkan saya mikrofon bernilai ribuan ringgit sempena hari ulang tahun keIahiran, bulan lalu.

“Mereka sanggup berkongsi duit semata-mata mahu membelikan saya mikrofon. Ada banyak hadiah lain yang diterima. Sokongan peminat yang tidak berbeIah bahagi itu membuatkan saya rasa perlu untuk meneruskan kerjaya nyanyian. Merekalah menjadi tuIang beIakang saya selama ini,” katanya.

Berbekalkan semangat masih bersisa, Elyana berkata, dia kini sudah bersedia untuk kembali dengan single baharu, sekali gus menghantar isyarat yang dirinya tidak pernah meninggaIkan dunia nyanyian biar apapun yang terjadi.

“Lagu sudah siap dan sepatutnya karya ciptaan Adi 6ixth Sense ini sudah lama dirakamkan. Bagaimanapun, rakaman terpaksa ditangguhkan berikutan wabak COVID-19.

“Kini, saya sudah bersedia memasuki studio. Saya rasa lain sikit memandangkan sudah lama tidak membuat rakaman.

“Persediaan paling utama adalah memastikan stamina kerana peny4kit berkenaan memberi kesan dari segi pern4fasan. Selain sokongan peminat, saya kuatkan diri untuk terus menyanyi kerana bidang ia adalah cinta pertama saya.

“Saya sudah menjadi penyanyi sejak dua dekad lalu dan ia sudah sebati dengan jiwa saya,” ungkap ibu kepada cahaya mata perempuan, Cinta Sumayyah ini.

Berkongsi keadaan kesihatannya, Elyana berkata, dia tidak lagi membuat raw4tan kim0terapi sejak tahun lalu.

“Keadaan k4nser saya masih sama pada tah4p empat. Kali terakhir saya membuat raw4tan kim0terapi adalah tahun lalu hingga saya tak boleh berjalan. Buat masa ini, saya meneruskan kehidupan dengan semangat positif yang ada.

“D0ktor tidak menghalang saya menyanyi. Malah, menggalakkan saya untuk melakukan apa sahaja yang boleh menggembirakan dan menaikkan semangat. Lepas ini, jika saya rasa tak sedap badan, barulah saya akan pergi hospitaI. Jika tidak, saya lebih selesa untuk fikir secara positif,” ulas Elyana.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: HM

Be the first to comment on "Elyana Terima Mikrofon Ribuan Ringgit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*