Ustaz Ebit Lew Terima Anugerah Khas Hari Belia Negara

Menerima Anugerah Khas sempena sambutan Hari Belia Negara 2020 hari ini, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menyifatkan dirinya tidak layak menerima anugerah tersebut.

Ustaz Ebit berkata sumbangannya kepada golongan belia adalah kecil namun sangat menghargai anugerah yang diterima serta berterima kasih di atas pengiktirafan tersebut.

“Alhamdulillah saya bersyukur dan gembira dapat jumpa Perdana Menteri sendiri, sebelum ini asyik tengok di kaca televisyen sahaja. Saya sedar apa yang saya lakukan adalah sumbangan kecil.

“Saya sedar tidak layak kerana lebih ramai yang berk0rban serta berjuang. Saya hanya usaha kecil dikalangan orang ramai tetapi saya sangat bersyukur dapat bersama dengan anak muda pada hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Ebit Lew berharap anugerah itu sedikit sebanyak dapat menjadi inspirasi kepada anak-anak muda.

“Nasihat kepada golongan belia kena berjuang niat kerana Allah, dan tanamkan keikhlasan.

Ia tidak akan berhenti bila diri dihargai, dipuji atau dikej1, disukai atau tidak kita akan terus buat baik sehingga kita bertemu dengan Allah supaya sentiasa mendapat keredaan,” katanya.

Pendakwah berusia 36 tahun itu menerima anugerah tersebut berikutan sumbangannya dalam membantu golongan yang tidak berkemampuan, malah usaha gigihnya menghulurkan bantuan semasa pandem1k Covid-19.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Rotikaya

Be the first to comment on "Ustaz Ebit Lew Terima Anugerah Khas Hari Belia Negara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*