Rumah Tangga 12 Tahun Musnah, Kuza Dedah Sudah Bercer4i

Pelakon Kuza mended4hkan rumah tangga yang dibina selama 12 tahun dengan ahli perniagaan Ramyus Sidique akhirnya bertemu titik noktah apabila mereka sudah pun bercer4i sejak tahun lalu.

Kuza atau nama sebenarnya Tengku Sariza Tengku Muzani, 47, berkata dia kini selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal bersama tiga orang anaknya.

“Saya sekarang ini sudah menjadi ibu tunggal sejak setahun yang lalu. Saya berpisah dengan suami pada tahun lalu selepas kami hidup bersama selama 12 tahun,” katanya.

Bagaimanapun, Kuza enggan mended4hkan punca perpisahan mereka kerana ianya terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum. Malah, Kuza berkata anak-anaknya juga perlukan privasi.

“Hal peribadi adalah sangat peribadi. Kalau saya rasa perlu untuk berkongsi, saya akan kongsi. Kalau saya rasa tak perlu, lebih baik saya simpan sendiri. Anak-anak saya pun perlukan privasi. Jadi saya perlu hormat mereka juga,” katanya.

Kuza mendirikan rumah tangga dengan Ramyus pada 2007 dan ia merupakan perkahwinan ketiganya. Bagaimanapun, menerusi perkahwinan tersebut mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Kuza mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Nizam Firdaus, 26, Puteri Nazihah, 25, dan Puteri Nadia hasil perkahwinan terdahulu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Rotikaya

Be the first to comment on "Rumah Tangga 12 Tahun Musnah, Kuza Dedah Sudah Bercer4i"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*