Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya berkongsi satu komen yang dihantar pengguna Instagram menerusi ‘direct message’ (DM) yang antara lain mengecam penampilannya yang didakwa tidak menjaga avrat dengan baik meski bertudung.
Komen individu berkenaan dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi Insta Stories pada Rabu.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan foto mana yang dimaksudkan individu tersebut hingga sanggup memberikan reaksi dengan menggunakan bahasa yang agak kasar.
“Macam inilah jadinya kalau hanya faham tutup avrat tu hanya pakai tudung. What a stup*d idi*t thinking like you, Hanez Suraya,” antara reaksi yang dihantar.
Tidak memberikan reaksi panjang, Hanez hanya ‘mengucap’ Astaghfirullahalazim terhadap respon tersebut.
Hanez kini banyak mengisi masa dengan berbasikal dan turut berkongsikan rutin aktiviti sihatnya itu di media sosial.
Foto: Instagram Hanez Suraya
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini
Sumber: MH
Be the first to comment on "“Nak Tayang Kat Siapa Bentuk B0dy Tu, Bahal*l?” – Penampilan Hanez Suraya Dik3cam"