Tawarkan Aiskrim Cornetto Pada Harga 10 Sen, Ebit Lew Dedah Sebabnya. “Teringat dulu masa saya kerja petrol pam….”

Penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew bakal memulakan operasi pasar rayanya, Elews Mart Sabtu ini.

Menerusi tinjauan Gempak di Facebook, Ebit ada berkongsi beberapa barangan yang diberikan potongan harga sempena promosi pembukaan pasar raya tersebut.

Malah, potongan harga yang dibuat juga telah membuatkan ramai terkeejut kerana ais krim Cornetto boleh didapati pada harga 10 sen sahaja.

Menurut Ebit, dia menawarkan potongan harga sebegitu kerana teringat akan kesus4han yang dialami suatu ketika dahulu.

Ustaz Ebit Lew sedih tidak cam baju anak

“Buat saya teringat masa dulu, kerja petrol pam, ada orang selit RM2 dalam poket saya, senyum saya tak berhenti.

“Happy sangat boleh beli telur nak goreng, semua duit gaji bagi dekat mak di kampung. Mak tak tahu pun saya tiada duit lain.

“Besar RM2 itu untuk saya, walau sekali sekala saja dapat begitu tapi nikmat dalam hidup saya. Begitulah teringin nak buat semua orang senyum tanpa mengira bangsa,latar belakang siapa sahaja tak terkecuali, bila kita berkongsi niat hadiah rasa gembira sangat,” tulisnya di Facebook.

Antara barangan lain yang boleh didapati dengan harga yang murah ketika hari pembukaan adalah minuman Nescafe, kicap dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, penjualan setiap barangan dengan potongan harga tesebut dijual dalam kuantiti tertentu sahaja.

Menerusi laporan Gempak pada 24 Jun lalu, Ebit telah memaklumkan dia akan membuka 10 cawangan pasaraya.

Pada masa yang sama, dia turut memohon orang ramai untuk mendoakan kejayaan perniagaannya itu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Tawarkan Aiskrim Cornetto Pada Harga 10 Sen, Ebit Lew Dedah Sebabnya. “Teringat dulu masa saya kerja petrol pam….”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*