PELAKON Azhan Rani meluahkan rasa sedih melihat seorang warga emas yang menerima layanan bvruk daripada beberapa anggota Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menerusi sebuah video yang tular di media sosial pada Rabu.
Menurut Azhan, 44, pihak tersebut tidak wajar bersikap biad4p dan menegur individu yang melakukan kes4lahan secara kasar terutamanya golongan warga emas.
“Aku terkesan bila terlihat rakaman video amatur pagi ni di Facebook. Tak pasti apa kisah sebenarnya… mungkin sahaja video lama atau baru.
“Apakah melaksanakan undang-undang memberikan lesen besar untuk kita menjadi bi4dap, kej4m, hil4ng kesantunan terhadap orang tua dan golongan yang dikuatkuasakan dengan undang-undang ini?
Azhan mengakui terkesan dengan tindakan pihak berkuasa yang berkelakuan biad4p terhadap warga emas seperti dirakam dalam video tersebut.
“Apakah undang-undang menol4k segala pertimbangan kemanusiaan yang ada dalam diri individu yang seharusnya bergelar manusia?” tulisnya.
Walaupun tidak mengetahui kisah sebenar disebalik video tersebut, Azhan berkata warga emas itu kemungkinan memulakan provok4si dan mel4nggar undang-undang yang ditetapkan.
Menerusi video berdurasi tiga minit itu memperlihatkan seorang lelaki berusia lingkungan 70an cuba mempertahankan barang-barangnya daripada dirampas pihak berkuasa.
Pelakon drama Nur ini berkata ia mungkin satu-satunya punca rezeki lelaki itu dan tidak semua orang dilahirkan dengan kemewahan.
Azhan berharap pihak berkuasa lebih bertoler4nsi ketika berhadapan dengan orang awam.
“Aku pasti mesti ada cerita sebenar antara penguatkuasa yang sampai sekasar itu terhadap pakcik tua tu. Mungkin saja provok4si pakcik tu atau ked3gilan dia.
“Namun, di pihak pakcik tua tu pula mesti ada juga kenapa dia sampai sanggup sehina itu mempertahankan barang-barang dia. Kenapa sanggup dia jadi begitu?
“Kita tak dilahirkan sama rata mewah dan hidup ini kita punya nasib yang berbeza demi sesuap nasi,” katanya.
Tambah Azhan, walaupun undang-undang diterapkan demi kesejahteraan rakyat dan negara, pelaksanaannya akan diterima baik orang awam jika PBT sendiri bersikap lebih sopan dan bertolak ansur.
Dalam pada itu, Azhan berharap agar pendapat yang disuarakan dapat dipertimbangkan pihak berkuasa demi keharmonian Malaysia.
Azhan berkata pelaksanaan undang-undang akan diterima baik orang awam jika penguatkuasa menghormati rakyat.
“Mungkin mana-mana PBT boleh memperhalusi cara menangani hal-hal seperti ini dengan lebih berhemah, mengelakkan perasaan dendam mahupun benci kepada pihak yang dikenakan tindakan juga orang awam yang memerhati.
“Kita di Malaysia yang penuh aman dan masih kuat dengan toleransi. Kita bukan negara bergolak seperti rakyat Palestin dan tentera Israel.
“Tulisan ini sekadar pendapat untuk Malaysia yang lebih harmoni dari kacamata seorang rakyat yang sehalus pasir. Mohon dapat dipertimbangkan untuk difikir-fikirkan,” ujarnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini
Sumber: mstar
Be the first to comment on "Tular Video Tindakan “Bi4dap” Pihak Berkuasa Mengas4ri Warga Emas. Ustaz Madi Tampil S0und balik PBT.."