“Jang4nlah Tawar Harga T4k Masuk Ak4l” -Shahrol Shiro

Berkongsikan gambar membantu rakannnya berniaga di sebuah gerai, pelawak Shahrol Shiro sempat mengimbau kenangan dahulu dimana dia pernah berniaga burger di tepi jalan. Shahrol berkata ketika itu ada masa dia dapat untung yang banyak dan adakalanya rvgi.

Mengakui itulah lumrah apabila menceburi dunia perniagaan, bagaimanapun Shahrol meluahkan rasa syukur kerana ketika itu mendapat banyak sokongan daripada rakan-rakan yang banyak membantunya.

“Teringat dulu berniaga burger tepi jalan. Letak nama G.G Burger. Adat berniaga, adakala untung dan adakala rvgi. Tapi itu lah asam garam dalam perniagaan. Alhamdulillah dapat kawan-kawan yang baik sentiasa support,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, Shahrol menasihati orang ramai supaya sentiasa memberi sokongan kepada rakan-rakan yang menjalankan perniagaan. Malah, elakkan diri daripada meminta harga istimewa atas ‘tiket’ persahabatan.

“Nasihat saya kepada semua, kalau ada kawan-kawan yang berniaga sokonglah mereka. Kalau boleh janganlah minta tawar sampai harga tak masuk akal. Kasihan kawan-kawan tu. Tak nak bagi diskaun, t4kut pvtus kawan pula,” katanya.

Shahrol juga turut membantu mempromosikan gerai rakannya itu yang menjual jagung manis di Kluang, Johor. Dalam pada itu, Shahrol berkata dia suka melihat kejayaan orang kita yang terus berusaha tanpa kenal erti putvs asa.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Rotikaya

Be the first to comment on "“Jang4nlah Tawar Harga T4k Masuk Ak4l” -Shahrol Shiro"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*