Seperti biasa, segmen pr4nk menerusi rancangan hiburan Trek Selebriti antara yang menjadi perhatian warganet dilaman sosial apabila dikongsikan video teaser kepada umum dimana ia ditayangkan pada setiap Rabu pada jam 11 malam di siaran Astro Ria bersama hos tetap, Aliff Farhan.
Segmen ini sedia maklum, akan adanya para selebriti jemputan dan mereka perlu menelefon seseorang yang dikenali lalu mengenakan dengan pelbagai situasi lucu yang mencuit hati penonton.
Pada minggu lalu, video teaser Zulin Aziz melakukan pr4nk terhadap rakannya, Fikry Ibrahim meraih perhatian, kini tidak disangka-sangka warganet dapat melihat pula gelagat pelawak terkenal, Zizan Razak membuat pr4nk buat penyampai berita, Hawa Rizwana.
Sejak kebelakangan ini, Zizan Razak sering digos1pkan dengan Hawa Rizwana dimana wanita jelita ini pernah tul4r kerana wajahnya yang mempunyai iras dengan Neelofa.
Menerusi video prank dimuat naik Zizan di Instagram, apa yang membuatkan peminat dan pengikut teruja apabila dapat mendengar perbualan mereka berdua dimana pelakon filem, Abang Long Fadil itu turut memberikan ‘pick up line.’
“Adoii baru nak pr4nk dia, terpickupline la pulak. Korang jangan lupa layan Trek Selebriti…”
Selain perkongsian video berkenaan hampir meraih 700,000 tontonan, ternyata Zizan Razak dihujani pelbagai komen warganet yang terhibur dengan gelagatnya membuat pr4nk terhadap kembar Neelofa itu dan merasakan mereka sesuai.
“Haa jupo doh jodoh zang”
“Hahaha kanan menuju ke hati. Hahaha terbakk”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini
Sumber: HCL
Be the first to comment on "[Video] “Abang Cembvru Bila Hawa Main Basikal Dengan Lelaki Lain” -Zizan Razak"